Imej |
Dipetik MalaysiaNow, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyoal siasat menteri yang terlibat dalam insiden seorang warga China yang gagal memenuhi syarat ditetapkan imigresen untuk masuk ke Malaysia baru-baru ini.
SPRM dalam satu kenyataan, menteri itu adalah salah seorang daripada tiga saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan setakat ini, bersama dua warga China itu.
Menurut SPRM beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara tersebut, hari ini.
Menurut sumber, agensi itu juga mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan “menyelesaikan” kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
“SPRM memandang serius isu rasuah yang dikatakan berlaku dalam insiden melibatkan seorang warga China di KLIA,” kata agensi itu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing terpalit dengan kontroversi selepas campur tangan dalam kes seorang wanita warga China yang ditahan di lapangan terbang itu kerana gagal memenuhi syarat visa.
Tiong menuduh pegawai imigresen di KLIA meminta rasuah dan salah guna kuasa, sambil berkata beliau dimaklumkan bahawa pegawai imigresen didakwa meminta sejumlah wang jika pelancong asing yang ditahan mahu dibebaskan.
“Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.
“Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Post a Comment