IMEJ VIA |
Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini malam tadi.
Ahli Parlimen Pulai itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB.
Berita kematian beliau diumumkan oleh anaknya, Fatihah Salahuddin menerusi perkongsian di Facebook.
"Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada jam 9.23 malam, 23 Julai 2023," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak.
Allahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu dan berada dalam keadaan stabil di HSB.
Post a Comment