Foto |
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO, sebak ketika mengenangkan nasib bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di sebalik tirai besi.
Bukan sahaja rakyat Malaysia merindukan bekas Perdana Menteri itu malah oleh masyarakat di Pahang.
"Saya katakan dengan jujur dan ikhlas bahawa pada saat Malaysia menzahirkan rasa rindu kepada Datuk Seri Najib namun kami kami dari Pahang seribu kali lebih rindu terhadap susuk tubuh yang cukup berjasa ini.
“Suatu ketika kami di Pahang, laksana patah perahu, kemudi hanyut kerana susuk tubuh inilah yang selama ini sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada kami.
“Susuk tubuh inilah yang acap masa menjadi sumber inspirasi buat kami. Susuk tubuh inilah yang setiap detik, menjadi sumber pencetus semangat buat kami,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Ucapan Penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
Pada 23 Ogos lalu, Najib mula menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Menurut Wan Rosdy, perasaan pilu itu turut dirasai oleh para perwakilan yang turut menitiskan air mata, terkesan raga dan jiwa kerana merindui aura kepimpinan Najib.
Wan Rosdy juga berkata, beliau juga berasa sebak ketika melihat kelantangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad zahid Hamidi bersungguh-sungguh memperjuangkan keadilan terhadap Najib.
Post a Comment