Foto |
Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Bestari, Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia 2023.
Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Fo'ad Sakdan berkata, dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, universiti itu berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 Universiti Terbaik Asia.
"Pada tahun ini, UUM berada di kedudukan ke-99 berbanding 148 pada tahun lalu dan kedudukan ke-155 pada 2021.
"UUM berkongsi kedudukan kali ini dengan tiga lagi universiti dari luar negara iaitu Jazan University, Arab Saudi; University of International Business and Economics, China dan Cankaya University, Turkiye," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
katanya, lonjakan sehingga 56 anak tangga itu adalah hasil usaha dan komitmen warga UUM dalam menjadikan universiti itu sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka serta menjayakan Pelan Strategik UUM.
"Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mencipta sejarah manis untuk UUM, terutamanya kepada Naib-Naib Canselor sebelum ini, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan semua warga UUM.
"Kedudukan UUM dalam senarai 100 universiti terbaik di Asia ini membolehkan universiti ini bergerak jauh ke hadapan bagi meluaskan lagi jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa,” ujarnya.
Kejayaan itu juga pastinya tidak mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi sokongan kepada UUM untuk terus merealisasikan visi dan misi UUM.
Lonjakan besar UUM tersebut telah didorong oleh peningkatan dalam impak sitasi (citation impact), tambahnya.
THE Asia University Rankings yang dikeluarkan setiap tahun yang menyaksikan sebanyak 669 universiti seluruh Asia disenaraikan bagi penarafan 2023.
Post a Comment