Foto |
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memantau seorang guru yang didakwa menggunakan murid-muridnya bagi kandungan TikTok.
Menterinya, menegaskan, pihaknya akan mempertimbangkan langkah intervensi atau tindakan yang sewajarnya.
“Kami akan memantau dari semasa ke semasa dan diminta untuk sebarang aduan dikemukakan kepada KPM apatah lagi sekiranya ia menjejaskan integriti dan etika kerja seorang guru yang berkemungkinan boleh memberi impak negatif kepada keseluruhan ekosistem pendidikan.
“Saya pantau isu ini dengan ketat dan akan maklumkan dari semasa ke semasa apa tindakan sekiranya ada atau intervensi yang akan dibuat di peringkat KPM sekiranya menerima aduan secara rasmi,” katanya ketika melancarkan Program Pemerkasaan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, pada Selasa.
Baru-baru ini, tular satu video seorang guru yang menggeledah beg sekolah murid-muridnya bagi dijadikan kandungan di TikTok.
Beliau yang dikatakan seorang guru di sebuah sekolah swasta turut didakwa menjadikan anak muridnya di sekolah sebagai bahan dan dikongsi bersama lebih satu juta pengikut.
Keadaan ini menimbulkan persoalan dan kebimbangan serta beberapa komen kurang sopan ditujukan kepada murid.
- Sumber
Post a Comment