Erdogan ajak Mahathir sama-sama anjur sidang kemuncak Islam di Turki

Foto via

Presiden Recep Tayyip Erdogan menjemput Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri acara susulan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur yang diadakan pada 2019, sebagai sokongan pemimpin Turkiye itu terhadap cadangan bekas perdana menteri bagi membentuk blok kuasa Islam baru. Lapor MalaysiaNow.

Selepas pertemuan selama sejam di Ankara pada Selasa, Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah Ali dialu-alukan di istana presiden. Menurutnya, Erdogan berminat untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Istanbul seperti yang pernah dibincangkan semasa Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang mana pemimpin tertinggi Malaysia dan Turkiye, Qatar serta Iran bersetuju untuk bekerjasama. 

“Terdapat juga banyak perbincangan mengenai nasib umat Islam dan keperluan untuk membantu umat Islam dan negara mereka yang menghadapi kesukaran dan peperangan. 

"Mahathir juga mengakui, memandangkan perkembangan pesat Turkiye dan kemajuan dalam pelbagai bidang, ia boleh menjadi negara contoh kepada negara Islam lain," kata satu kenyataan di Facebook Mahathir.

Kedua-dua pemimpin dalam satu kenyataan bersetuju Sidang Kemuncak Istanbul untuk diadakan pada September atau Oktober tahun ini. Erdogan juga mahu pasukan Mahathir bekerjasama dengan pihak Turkiye untuk acara itu.

Pada 2019, Erdogan bersama presiden Iran Hassan Rouhani dan Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur, yang dinamakan semula sebagai Dialog Perdana, sebuah forum yang menurut penganjur melengkapkan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam menangani isu-isu yang melibatkan dunia Islam.

Sumber


Post a Comment

Previous Post Next Post