Sumber foto |
Kejadian ini berlaku di Guyana, Georgetown, Amerika Selatan.
Seorang pelajar perempuan sanggup membakar asrama sekolahnya sehingga meragut 19 nyawa hanya disebabkan telefon bimbit dirampas. Lapor Sinar
Suspek sebelum ini dikenakan tindakan disiplin apabila didapati mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki berusia.
Bagi menunjukkan protesnya, dia bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kematian orang lain.
Menurut berita tempatan, dia didakwa ada membuat ugutan untuk membakar bilik asrama dan kemudian bertindak memulakan pembakaran di kawasan bilik air. Api mula merebak dengan cepat disebabkan oleh struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu.
Menurut laporan, ramai pelajar gagal menyelematkan diri kerana bangunan asrama dikunci oleh warden asrama seperti biasa.
Suspek kini sedang dirawat di hospital kerana turut mengalami kecederaan akibat kebakaran itu dan bakal dibawa ke pusat tahanan juvana sebaik keluar dari hospital.
Sementara itu, beberapa pelajar memberitahu bahawa mereka terjaga daripada tidur apabila terdengar jeritan dan melihat api memenuhi ruangan bilik air asrama.
Bagaimana pun, Menteri Pendidikan Priya Manickchand sebelum ini enggan membincangkan penglibatan pelajar tersebut dengan menyatakan kejadian itu masih dalam siasatan.
Post a Comment