Pekerja kuari maut dihempap batu 10 tan

Sumber foto

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, seorang pekerja kuari maut apabila batu dianggarkan seberat 10 tan telah menghempapnya ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan batu di sebuah kuari di Simpang Pulai, Ipoh, Perak.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 12 tengah hari dan 1 petang yang melibatkan mangsa yang berusia 48 tahun ketika mengendalikan jentera jengkaut.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, polis menerima maklumat sekitar jam 4 petang berhubung satu kemalangan di tempat kerja.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang menjalankan kerja di tempat kejadian disyaki dihempap batu dianggarkan seberat 10 tan dari ketinggian 25 meter.

"Mangsa tersepit dalam kokpit jentera berat terbabit akibat dihempap batu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sekitar jam 6.45 petang.

"Kematian mangsa disahkan oleh petugas kesihatan sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post