Foto |
Angka kematian akibat kemalangan membabitkan sebuah van sewa di Genting Highlands hari ini meningkat kepada tujuh orang.
Menurut The Star, Ketua Polis Pahang Ramli Mohamed Yoosuf berkata pemandu van itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Chang Them Kong, 70, adalah antara enam orang yang dihantar ke HKL, tetapi dia meninggal dunia ketika menerima rawatan,” Ramli dilaporkan dalam satu kenyataan hari ini.
China Press melaporkan hari ini bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira 1.20 tengah hari di sekitar KM4.8 Jalan Genting Highlands.
Van itu yang membawa 13 penumpang hilang kawalan semasa menuruni bukit sebelum merempuh pembahagi konkrit dan menyebabkan bahagian hadapan kenderaan itu rosak teruk.
Mayat mangsa telah dihantar untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Bentong dan HKL.
- MSN
Post a Comment