Tanah Runtuh: YDP Persatuan PIBG dimaklumkan kawasan tersebut selamat

Foto


YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Choong, U Chin Ong, berkata beliau dimaklumkan tapak perkhemahan River Hilltop, Farmview and River Side, Jalan Genting-Batang Kali selamat untuk tujuan rekreasi. Lapor FMT. 

"Saya dimaklumkan tapak perkhemahan ini berada di kawasan tanah rata yang sering menjadi lokasi orang ramai berkhemah,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Sekitar 20 guru bersama keluarga berkhemah di situ sejak tiga hari lalu dan sepatutnya pulang pada 10 pagi hari ini. 

“Saya dimaklumkan kejadian berlaku pada 2 pagi selepas salah seorang mangsa terdengar bunyi kuat runtuhan. Tanah runtuh itu berlaku bertentangan dengan tapak perkhemahan mereka,” katanya.

Menurutnya, beberapa rombongan sekolahnya diselamatkan oleh pengunjung lain dari kem di sekitar lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Penghulu Mukim Hulu Yam, Muhammad Nabil Salehat, berkata kejadian tanah runtuh itu adalah kali pertama berlaku di situ.

“Kali terakhir tanah runtuh (gelongsoran) berlaku di Serendah pada 2016 namun tidak seteruk ini,” katanya.

“Apa yang kami khuatir ialah banjir kilat, tak terfikir soal tanah runtuh,” katanya memaklumkan kawasan itu sering berlaku banjir kilat


Post a Comment

Previous Post Next Post