sumber foto |
Kerajaan sedang mengkaji pemberian cuti umum khas sehari sebelum hari mengundi, pada 18 November, untuk memudahkan pemilih pulang dan mengundi pada keesokannya. Lapor FMT.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan dikaji.
Antara pihak yang menggesa Putrajaya mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum khas ialah ketua DAP Perak Nga Kor Ming dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
Tarikh pilihan raya telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 19 November sebagai hari pengundian, manakala pengundian awal, pada 15 November.
Beliau yang juga naib presiden Umno, berkata tiada perpecahan dalam kepimpinan dengan parti itu bersolidariti kukuh dan tidak terpengaruh persepsi negatif ditimbulkan pihak lawan.
Sekiranya BN menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pembentangan semula Bajet 2023 akan memasukkan inisiatif yang diikrarkan gabungan itu, tambah beliau.
Post a Comment