Sumber foto |
Dipetik daripada Sinar Harian, Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad berkata kerusi Parlimen Simpang Renggam menjadi tumpuan semua pihak dan dianggap penting kerana ia akan menjadi penanda aras kejayaan di 26 kerusi Parlimen di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kemenangan BN diperingkat Parlimen adalah pelengkap kepada hasrat BN untuk menerajui negeri secara keseluruhannya dan ia perlu bermula di Parlimen Simpang Renggam.
"Ini kerana kawasan ini akan menjadi rujukan dan pemangkin semangat bagi BN meneruskan agenda pembangunan di negeri ini," katanya.
Hasni turut yakin dengan jentera dan 40 ADUN di Johor akan turut membantu gerak kerja BN di negeri dan membawa kemenangan kepada calon.
"Saya percaya bahawa 40 wakil rakyat BN yg menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan bekerja bersungguh-sungguh. Kita lihat bahawa jentera adalah penting dalam menghadapi PRU15 di semua 26 bahagian di negeri ini.
"Semua jentera sudah melaksanakannya dengan penuh semangat dan ianya adalah penyumbang kepada kemenangan kepada calon BN," katanya.
Post a Comment