Johari beritahu Khalid Hentikan ‘tawaran temberang’

Sumber foto

Dipetik daripada FMT, Johari Ghani berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung tawaran RM1,000 sekaki persegi untuk membeli tanah Kampung Baru menunjukkan angka itu tidak pernah diluluskan Jemaah Menteri.

Khalid memberitahu Utusan Malaysia bahawa tawaran RM1,000 sekaki persegi itu sudah dilaporkan kepada perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad dan dalam Jemaah Menteri, menjawab soalan Johari yang ingin tahu sama ada angka itu diluluskan kerajaan.

Khalid sekadar memberitahu perdana menteri dan jemaah menteri, kata Johari memberitahu FMT.

“Khalid seperti tidak faham perbezaan antara ‘mendapatkan kelulusan’ Jemaah Menteri dengan ‘memberitahu’ Jemaah Menteri.

“‘Inform doesn’t mean approval’ (beritahu bukan bermakna sudah lulus). Peruntukan RM10 bilion untuk membeli tanah Kampung Baru ini bukan jumlah kecil,” katanya.

“Adalah tidak bertanggungjawab seorang menteri membuat tawaran sebesar ini kepada rakyat, tanpa mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Apakah ini kualiti tadbir urus kerajaan PH dan Khalid Samad sebagai menteri?”

Calon Pakatan harapan dalam kenyataannya berkata, Johari berkata oleh diperolehi daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau berkata Khalid tidak bertanggungjawab kerana membuat andaian syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) tersebut bersedia membiayai projek itu.

Johari Ghani juga mempersoal Khalid adakah telah dapat persetujuan lembaga pengarah GLIC-GLIC untuk usaha tersebut. 

“Wang syarikat-syarikat ini bukan boleh diambil sesuka hati,” katanya.

Dengan itu, Johari meminta Khalid untuk berhenti membuat ‘tawaran temberang’ kepada rakyat selepas pengakuannya itu.Khalid juga akui yang tiada kelulusan diperolehi malah beliau hanya memberitahu kepada Tun Mahathir. Tiada komitmen dari mana-mana pihak dan beliau hanya merancang. 

Menurut calon PH itu, usaha akan dilakukan sebaik sahaja mendapat persetujuan pemilik tanah kerana tidak mahu berlaku seperti Kampung Sungai Baru. Lapor Utusan Malaysia. 

Johari turut menyifatkan syarat ‘100% pemilik tanah harus bersetuju dengan tawaran RM1,000 sekaki persegi’ yang diberi Khalid ketika itu sebagai tidak munasabah.

“Mana mungkin syarat-syarat ini dipenuhi kerana setiap penduduk mempunyai nilai tanah mereka tersendiri bergantung kepada keunikan, saiz, serta kedudukan tanah mereka di kawasan mana,” katanya.

“Tiada kelulusan, tiada dana dan syarat tidak munasabah. Sebab itu tawaran ini ‘tawaran temberang’.”

Johari menerangkan bahawa terdapat banyak pihak yang sering menawarkan janji-janji meragukan buat warga Kampung Baru. “Jadi isu ini perlu dilihat secara keseluruhan. Sebarang tindakan yang diambil tanpa pemahaman yang mendalam mengenai perihal pemilik tanah dan sentimen masyarakat setempat boleh menyebabkan kerugian buat para pemilik dan pewaris dalam jangka masa panjang.”

Beliau menegaskan lagi, “kita hendaklah memastikan hak warga Kampung Baru dilindungi daripada sebarang kegagalan pemaju atau janji-janji manis pemimpin politik.”\

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post