3 Kampung Dinaiki Air di Rantau Panjang

Sumber Imej

Dipetik daripada Sinar Harian, tiga kampung di Rantau Panjang dinaiki air ekoran limpahan air Sungai Golok pada hari Sabtu. Dilaporkan kampung yang terlibat ialah Tersang, Tok Deh dan Padang Licin.

Kapten (PA) Mohd Arif Mohd Zain, Sekretariat Pengurusan Bencana Pasir Mas berkata, paras air Sungai Golok sudah mencecah 8.10 meter dan berada di paras waspada.

Menurutnya, penduduk sedang bersiap sedia untuk berpindah jika air melebihi paras 9 meter. Tambahnya, limpahan air tersebut datang dari Sungai Weng, Thailand dan masuk ke dalam Sungai Golok. Ini kerana di Thailand sedang hujan lebat, manakala di daerah itu hanya mendung. 

"Jika air Sungai Golok mencecah 10 meter ia akan melimpahi bandar Rantau Panjang bila-bila masa sahaja," katanya.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post