"Saya melukis lukisan ini bukan hanya memerlukan masa 1 minit, namun saya sudah menghabiskan waktu belajar dan berlatih selama lebih dari 40 tahun sehingga boleh melukis seperti itu." - Pablo Picasso
Ikuti sebuah kisah Pablo Picasso (xtau betul ke x) B-)
.."Picasso, ialah seorang pelukis yang sangat terkenal. Suatu ketika dia sedang makan tengah hari di suatu restoran bersama beberapa orang kawannya, tiba-tiba dari jauh datang seorang perempuan yang kelihatannya sangat mengenalinya. Kemudian wanita itu mendekati, menyapa dan mengajak berkenalan.
Wanita itu kemudian memintanya untuk melukis sesuatu gambar di atas serbet makan yang berwarna putih (napkin) yang dibawanya. "Tuan Picasso, tolong lukiskan saya suatu sketsa, saya ingin memiliki lukisan asli anda."
Picasso sudah tentu menolak, kerana waktu makannya terganggu. Wanita itu terus memujuknya dan bersedia membayar berapa pun asalkan Picasso mahu melukiskan suatu lukisan untuknya, sekalipun hanya sketsa saja di serbet makan itu.
Setelah dipujuk, akhirnya Picasso bersedia membuat suatu sketsa di serbet makan itu. Dengan pantas, kurang dari satu minit,dia sudah menyelesaikan suatu lukisan bunga yang indah. Sambil menyerahkan sketsanya, ia mengatakan bahawa nilai lukisan sketsanya itu adalah US $ 10,000.
Lantas wanita itu terkejut lalu keberatan, dan menyatakan bahawa Picasso hanya menghabiskan masa kurang dari satu minit, tapi caj nak mahal-mahal saja!!
Picasso dengan tenang menjawab, "Saya melukis sketsa ini bukan hanya memerlukan masa 1 minit, namun saya sudah menghabiskan waktu belajar dan berlatih selama lebih dari 40 tahun sehingga boleh melukis seperti itu."
* Hargai hasil kerja orang lain merupakan satu cara kita untuk menghormati hasil usaha dan titik peluh mereka. Bukan mencemuh dan memperlekehkan mereka sedangkan mereka nak mencapai satu tahap seperti itu bukan suatu yang mudah seperti yang kita jangkakan.
** SENYUM ** B-)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Post a Comment