Wednesday, May 16, 2018

Laporan Audit 1MDB Kini Dibuka Kepada Umum

image via wikipedia
Laporan audit berhubung syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini boleh dibaca di laman web Jabatan Audit Negara mulai hari ini. 

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, laporan audit berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini boleh dibaca di laman web Jabatan Audit Negara.

“Ringkasan eksekutif tentangnya boleh didapati di portal Jabatan Audit Negara di www.audit.gov.my,” katanya menerusi satu kenyataan. 

Sebelum itu, Laporan Pengauditan yang dikelasifikasikan sebagai rahsia pada 22 Januari 2015 dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2015 kini telah dikelaskan sebagai dokumen terbuka.

Pada 12 Mei lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan laporan audit 1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Laporan audit 1MDB itu dibentangkan Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) di Parlimen pada April 2016 namun, bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengklasifikasikan laporan itu di bawah OSA dan tidak pernah dibahaskan di Parlimen. - Sumber Kosmo ONLINE

0 comments: