Wednesday, May 16, 2018

DS Anwar Ibrahim Bebas dan Pulang ke Kediamannya di Bukit Segambut - Sumber Kosmo Online

KUALA LUMPUR - Menurut sumber Kosmo Online, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diberi pembebasan serta merta oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang memperkenankan rayuan pengampunan penuh dalam prosiding Lembaga Pengampunan Diraja di Istana Negara kira-kira tengah hari tadi.

image via Kosmo Online
Kosmo Online melaporkan, beliau seterusnya tiba di kediaman beliau di Bukit Segambut tengah hari tadi dengan disambut oleh penyokongnya kira-kira lebih 100 orang penyokong.

DS Anwar diiringi oleh lebih 50 orang pegawai dan anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) serta Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia diketuai oleh Penguasa Penjara, Sirajuddin Abdul Majid.

Anwar sebelum itu menjalani prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras, selepas permohonan pengampunan beliau diluluskan. - Sumber : K! ONLINE

0 comments: