Monday, April 23, 2018

Tarikh Mengundi dan Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum ke 14 PRU14 2018

Tarikh Mengundi dan Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum ke 14 PRU14 2018

Adakah anda sudah bersedia dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 ini? Ada dua perkara yang anda perlu tahu untuk menghadapi hari pengundian yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu, yang pertama ialah tarikh menjelang hari pengundian dan yang kedua ialah kelayakan anda sebagai pengundi yang mana, anda mesti membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui status anda sebagai pengundi sama ada layak mengundi atau tidak.

Tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  1. Hari Penamaan Calon PRU14 2018 : 28 April 2018
  2. Waktu Berkempen : 28 April - 8 Mei 2018
  3. Hari Mengundi : 9 Mei 2018
  4. Pengumuman Keputusan Pilihanraya 2018 : 9 Mei 2018
Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Semakan daftar pemilih boleh dibuat secara online di laman web SPR di https://pengundi.spr.gov.my/. Cara semakan sangat mudah iaitu anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda dan seterusnya tekan butang semak. Selepas maklumat daftar pemilih keluar, MESTI semak nama dan nombor kad pengenalan anda, untuk memastikan maklumat yang dipaparkan sama dengan maklumat diri anda. Kemudian, semak pula tempat mengundi seperti daerah mengundi, DUN, parlimen, negeri, pusat mengundi dan masa mengundi seperti dalam rajah di bawah.


Cuba semak dan jika anda menghadapi sebarang kesukaran atau pertanyaan atau ada kemusykilan, boleh terus hubungi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, TEL : 03-8892 7018 atau FAX : 03-8892 7001

Selamat mengundi .. !







0 comments: