Tuesday, April 10, 2018

Kisah Main Chess Satu Ketika Dulu

Catur atau Chess adalah salah satu game kegemaran saya. Walaupun saya tidak hebat bermain catur, tetapi saya suka bermain catur kerana selain menyeronokkan ia satu kepuasan apabila kita dapat cari jalan untuk menumpaskan lawan kita. Ianya bergantung kepada strategi. Saya selalu juga melihat bagaimana pemain-pemain catur hebat yang terkenal membuat langkah diluar jangkaan untuk menewaskan lawan mereka. Pemain catur yang menjadi kegemaran saya ialah Bobby Fischer. Pernah juga saya berangan-angan untuk menjadi pemain hebat seperti dia tetapi semuanya hanya sekadar cita-cita.

Image via Wiki
Saya ada cerita sebenarnya yang berlaku kepada saya lama dulu, iaitu lebih kurang 15 tahun dulu atau mungkin lebih. Masa tu saya sekolah di sebuah sekolah agama di hujung selatan Selangor. Kisah ni dah semakin kabur. Maklumlah dah lebih 15 tahun. Waktu itu, kawan saya mengajak saya untuk bermain catur sambil minum-minum di sebuah warung kopi. 

Sampai di warung kopi, ada beberapa orang pakcik yang dah lama duduk minum kopi di warung tu. Kawasan tu agak terlalu kampung sebab kedudukannya jauh ke dalam. Hanya ada beberapa warung yang buka antaranya warung yang saya pergi ni lah. Tak jauh dari sekolah saya. 

Kami pun duduk dan order air masing-masing. Kami pun mula bermain catur. Saya hanya berniat hendak bermain secara santai saja. Tak kira kalah atau menang sebab saya lebih menumpukan kepada hendak mencipta teknik bermain dan mempraktikkan teknik pemain professional.


Tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik yang baru sampai dengan motornya tengok kami bermain catur. Dari awal asyik kata 'bodoh' saja masa kami bermain lebih-lebih lagi bila saya buat gerakan. Memang kalau dikirakan, kepada saya sajalah yang dia tujukan kata-kata 'bodoh' tu. Sampai kata saya tak pandai main catur. Bila saya masuk langkah mesti dia kata langkah saya 'bodoh'. Alahai, pakcik ni dah kenapa pulak. Gaduh dengan bini ke gamoknya.

Akhirnya, pakcik ni tadi tawarkan diri untuk berlawan dengan saya. Dalam hati, "Aik, takkan nak lawan orang 'bodoh' macam saya ni? Ke...nak menang cepat? Lepastu, boleh sebarkan satu kampung yang saya 'bodoh'..?" Kawan saya buat isyarat mata kepada saya, yang saya faham maksudnya, "ko okay ke?" Saya anggukkan saja kepala dan buat isyarat mata juga dengan maksud "okay!".


Pakcik tu buka langkah untuk duduk di kerusi di hadapan saya. Catur di susun semula. Berdebar jugak hati ni kalau kalah habis lah saya kena viral 'bodoh' satu kampung dengan pakcik ni tapi saya cuba tenangkan diri dan yakinkan diri. Saya nampakkan diri saya tenang dengan situasi ni. Agak genting jugak. Kawan saya buat gerakan kepala bagi keyakinan kepada saya, yang saya faham "ko boleh!". Dah macam lawan final catur pulak kan?

Pakcik tu offer kepada saya untuk jalan dulu tapi saya offer dia balik untuk dia jalan dulu sebab saya nak tengok langkah dia macam mana. Dia pun gerakkan catur dia dengan eksyen. Saya pun mulakan gerakan. Kemudian, dia gerakkan lagi catur dia. Saya pun terus pancing dia gerakkan lagi caturnya supaya ke depan lagi dan dia pun termakan pancing. Tapi dia masih tak sedar lagi dan dia terus cakap 'bodoh' apabila saya menggerakkan catur saya. Sebenarnya, dari awal lagi saya dah target nak makan yang mana atau paling tidak pun bergerak ke petak yang mana.

Gambar gerakan bagaimana saya menewaskan dia
Image via theSkillArtist

Akhirnya, saya keluarkan Bishop. Masa saya keluarkan Bishop, dia kata saya 'bodoh' lagi. Haih, pakcik ni. Tak habis-habis lagi cakap 'bodoh'nya. Dia dengan eksyen gerakkan lagi catur dia. Lepastu, saya keluarkan Queen. Bila Queen saya gerakkan keluar dari posisi selamat, makin banyaklah perkataan 'bodoh' dia tujukan kepada saya. Fuhh, menguji iman betul !

Gambar gerakan bagaimana saya menewaskan dia
Image via theSkillArtist

Saya pun buat tenang. Macam tak ada apa-apa berlaku. Nak di marah, dia pakcik yang dah tua. Kemudian, dia nak gerakkan 'askar' catur dia sebab fikir saya akan makan 'askar' dia. Tapi dia tak jadi gerakkan sebab King dia terdedah kepada mati ! Dia gerak yang lain pula. Saya pun mula gerakkan Queen dan makan 'askar' dia. TAP !!!

Gambar hiasan
Image via theSkillArtist

Masa tu dia perlahan-lahan dongakkan muka tengok muka saya. Saya kata ke dia "Checkmate!" dengan nada lembut. Matanya membulat seperti tidak percaya. Mungkin ada rasa penuh kekesalan. Dia pun tengok semula buah catur. Gerak sini tak boleh, gerak situ pun tak boleh. Dia pun diam seribu bahasa. Makcik yang kehulur-kehilir bawa cawan air kopi dari dapur ke meja kopi pun menyampuk sambil berkata " Aih, senyap je? Kalah ke tu? Tadi beriya benor berlagoknya..dah dik, jangan lawan dengan dia ni, dia ni 'Bodoh'. Tak pandai main tapi nak lawan dengan orang" Makcik tu terus jalan sambil ketawakan pakcik tu. Bila dah "Checkmate" apa lagi? Pakcik tu diam dan termenung lalu bangun perlahan-lahan terus naik motor, nak balik katanya. 

Semua pakcik-pakcik yang dalam warung tu ketawakan dia termasuk makcik jual kopi tu. Ada pakcik yang tak tahu cerita, tanya 'kenapa' kat kawan-kawannya "qalah main chess. teros bhalik" dalam slang jawa. Saya pun sengeh saja. Saya pun tanya kawan saya sama ada dia nak main catur lagi atau tak. Dia kata dah tak nak dah. Kami pun bayar air dan balik semula ke sekolah. Masa jalan balik kawan saya pun tanya macam mana saya kalahkan pakcik tu sekejap saja. Saya senyum saja. Dalam hati "tengok oranglah...".

Macam mana saya boleh menang dalam masa sekejap? Caranya, sebelum tu, saya selalu study macam mana pemain professional main catur. Antara yang paling menarik macam mana nak menang main catur adalah dengan hanya gunakan 4 gerakan. Apa yang saya lakukan masa tu adalah teknik 4 gerakan tu lah. Ternyata teknik tu berjaya! Saya tak berniat untuk gunakan teknik 4 gerakan tu pada awalnya sebab jika saya kurang bersedia, boleh makan diri. Semasa saya berlawan dengan kawan saya sebelum itu pun, saya cuma mahu praktikkan gerakan-gerakan sendiri dan beberapa gerakan yang saya stduy sebelum itu saja. Tapi, bila dah dicabar oleh pakcik tu bertubi-tubi dan telah mencabar kesabaran saya, saya pun apa lagi, tak teragak-agaklah untuk gunakan teknik 4 gerakan tu saja untuk menang. Takut juga kalau tak menjadi. Teknik ni bukan teknik terbaik sebab jika pihak lawan tahu teknik ini di awal gerakan, dia akan cepat-cepat serang kita. Tapi, saya tak risau sebab saya dah buat persediaan untuk sebarang kemungkinan. Akhirnya, mujurlah tak perlu buat banyak gerakan ! Yang pasti, saya menang, pakcik tu kalah! Muktamad! Hahaha! 



0 comments: