Tuesday, April 24, 2018

3 Program Online Terbaik Buat Duit & Dapatkan Cashback Dengan Mudah

Program Online Terbaik Buat Duit & Dapatkan CashBack Dengan Mudah

Buat duit bukan lagi perkara yang susah untuk dilakukan. Ramai yang sudah tahu cara untuk menambah income dengan cara yang paling mudah tapi masyuk! Kerjanya memang betul-betul senang. Tolong iklan, tolong jawab kaji selidik dan tolong promosi. Anda tak perlu bayar pendaftaran, tetapi hanya perlu buat apa yang diminta saja. Di sini ada 3 program online terbaik pilihan saya untuk anda menjana duit dengan cara paling mudah. Salah satunya ialah program cashback yang terbaik untuk anda.

1. Clixsense

Clixsense ada 3 benda yang anda boleh pilih untuk menjana duit dengan mudah. Paid Survey, Cash Offers dan Figure Eight Tasks. Sebelum ni, ada game yang boleh menang hadiah sampai 10 dollar ($10) tetapi sekarang, game ni dah tak ada. Tapi game tu agak membosankan sebenarnya, sebab anda perlu menunggu untuk melihat iklan tu sampai habis dalam beberapa saat. Selepas tu, barulah anda tahu anda menang atau tidak. Jika anda menang, bagus lah untuk anda. Jika tidak, rugi masa juga. 

Tapi, 3 benda yang masih ada ni tidak merugikan anda terutamanya menjawab soalan kaji selidik. Anda hanya perlu jujur, tidak terburu-buru, baca dengan tenang, fahamkan dan barulah berikan jawapan. Jika tidak, anda boleh di-tidaklayakkan untuk meneruskan menjawab soalan kaji selidik itu atau menerima duit daripada Clixsense. Bagaimana pun, soalan kaji selidik ni, mereka sudah ada targetnya. Tak semestinya anda terus boleh menjawab soalan kaji selidik itu. Mereka akan bertanya dulu beberapa soalan tentang maklumat peribadi anda untuk memastikan sama ada anda layak atau tidak untuk menduduki kaji selidik tersebut. Jika tidak layak, jangan risau. Mungkin anda bukan target mereka atau mungkin sudah tamat tempoh untuk menjawab. Boleh cuba lagi sebab sepanjang masa ada Survey dan hari-hari ada. Daftar DI SINI. Percuma saja.

Dah daftar Clixsense, terus buat akaun untuk terima bayaran daripada Clixsense. Contohnya, akaun Payoneer, Check, Dwolla, Skrill atau Tango Card. Selepas terima duit daripada Clixsense, anda boleh withdraw ke dalam akaun anda sendiri. Kena rajin sikit untuk buka akaun ni. Pemindahan wang akan ambil masa dalam tempoh 3 ke 7 hari untuk masuk ke akaun bank anda. Sebelum ni ada akaun PayPal, tapi sekarang PayPal dah takda. Jadi, perlu buat salah satu akaun yang disyorkan oleh Clixsense saja. Buka akaun adalah free.

Anda boleh cuba daftar dengan Payoneer, untuk menerima income yang telah berjaya dikumpul. Daftar Payoneer adalah percuma. Klik untuk daftar Payoneer DI SINI

image via Clixsense
Ini screenshot dashboard saya. Tengok, berapa banyak survey yang ada. Paling banyak dalam screenshot ni ialah 2 dollar ($2)

2. 8coin

Kalau tak silap, 8coin ni dulu 8share. Dan kalau tidak silap juga 8coin telah menggantikan 8share sepenuhnya. 8coin mudah saja tugasannya. Lihat iklan yang ditawarkan dalam akaun anda (contoh screenshot di bawah) Kemudian, anda share iklan tersebut kepada kenalan anda di Twitter, Facebook atau di mana-mana saja yang anda lebih selesa. Anda akan dibayar untuk setiap Click. Satu klik anda terima 20 coin dan anda boleh dapat sehingga 1000 coin. Jika tidak silap, 20 coin bersamaan 20 sen manakala, 1000 coin bersamaan RM10. Anda boleh claim cash anda apabila coin mencecah 5000 untuk menerima cash sama nilai dengan RM50. 

Selain terima cash, anda juga boleh tukar coin tu dengan voucher KFC, Starbuck, Watson dan H&M. Jika anda suka dengan program 8coin ni, anda boleh daftar 8coin secara percuma saja DI SINI
image via 8coin
3. Shopback

Shopback ni program cashback. Ia lebih kepada shopping dan dapatkan semula cashback kita dan kupon. Cashback ialah, apabila anda shopping melalui Shopback, anda akan dapat semula pulangan wang berdasarkan kepada percent yang ditetapkan mengikut kategori. 

image via Shopback
Contohnya, anda shopping pakaian di Lazada melalui laman web atau aplikasi Shopback, selepas pembayaran pembelian online anda berjaya, anda akan dapat semula cashback anda sekitar 4% dari jumlah pembelian tersebut. Begitu juga dengan kategori yang lain. Lain kategori, lain jumlah cashback-nya. Bagus juga kalau anda tawarkan diri sebagai orang tengah untuk kawan-kawan anda membeli barang-barang online. Cashback boleh jadi komisyen kan? Daftar Shopback anda DI SINI. Daftar percuma saja. 

0 comments: