Monday, November 6, 2017

Jalan-Jalan di Johor Bharu & Pasir Gudang

Baru-baru ni saya dan isteri sempatlah ambil sikit masa sebelum balik ke Kelantan, pergi ke Johor Bharu. Tak lama, cuma 2 hari 1 malam saja. Sebenarnya, bukan sekadar nak berjalan tapi juga nak melawat adik isteri saya yang ada di Johor Bharu. Bila isteri ajak, saya memang suka la sebab dah lama saya nak pergi ke Johor Bharu. Kali terakhir pergi dalam 4 tahun lepas. 

Ada sebab saya nak ke Johor Bharu. 

Sumber gambar Google Maps
Pertama, saya nak makan Pisang Goreng Mawar. Puncanya sebab tengok tv ada episod Mawi bawa pergi makan kat gerai Pisang Goreng Mawar ni. Asalnya memang tak tahu nama gerai tu, jadi saya google 'pisang goreng yang Mawi makan'. Mujur jumpa. Rupanya Pisang Goreng Mawar.  Sengaja saya print screen nampak signboard simpang tu senang nak cari. Hihi. Alhamdulillah, impian saya tercapai juga nak makan pisang goreng yang Mawi makan tu. Itu pun dapat pergi masa hari kedua dalam perjalanan nak balik ke Kelantan. Keputusannya, best, memang sedap. Lokasinya, No.888, Jalan Sungai Chat, Johor, Malaysia, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor.


Kedua, Sup Tulang ZZ atau ZZ Sup Tulang. Ni pun sebab tengok rancangan yang Mawi makan tula. Malangnya, tak sempat nak pergi. Tapi, saya akan pergi juga ke kedai makan Sup Tulang ZZ ni satu hari nanti. Adalah alasan nak ke sana lagi kan. Saya tak tahu lokasi tapi dapatlah juga google dekat Google Maps. Kalau tengok dalam gambar Google Maps (Street view) ni macam betul dah tempat yang Mawi makan tu. Alamatnya, 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor.


Ketiga, Kacang Pool Haji. Kacang Pool Haji ni pun sebab Mawi yang bawak dalam episod rancangan tu. Sebenarnya, masa nak ke Johor Bharu tu saya terlupa pasal kedai Kacang Pool Haji ni, mujurlah isteri saya ingat dan google kat mana kedainya. Alhamdulillah, dapat juga makan kat kedai Kacang Pool Haji ni masa hari pertama sampai Johor Bharu lepas letak barang dalam bilik hotel. Jawapan saya, memang sedap dan puas hati. Yang ni saya cari di Street View gambarnya masih gambar lama. Gambar kedai runcit tapi sebenarnya dah tukar kedai Kacang Pool Haji. Lokasi dah betul iaitu dekat Jalan Sabar. Jangan risau ya. Kedai masih beroperasi macam biasa. Lokasinya macam dalam gambar maps di bawah. Alamatnya, Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor.

Sumber Google Maps

Sumber gambar Google Maps
Keempat, Nasi Beryani. Saya tak ingat nama kedainya tapi lokasinya dekat dengan Plaza Angsana. Dulu pernah makan kat situ beberapa kali. Tak silap saya Pondok MS Beriyani. Yang ni pun saya tengok Mawi ada bawak pergi makan sini. Bila tengok kedainya macam yang saya pernah pergi dulu. Bila cek balik dekat google. Betul lah kedai yang Mawi bawak tu lah kedai saya pergi dulu. Pada saya lah, Nasi Beryani kedai ni memang sedap. Tapi, malangnya juga, saya tak sempat makan nasi beriyani kat kedai ni. Lokasinya di 50, Jalan Padi Emas 2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.

Sebab masa tengah hari, hari kedua tu adik isteri saya ajak makan kat satu kedai nasi beriyani dekat dengan tempat parking berbayar. Katanya cuma buka hari Jumaat je. Nama tempat tu Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Rasanya pun tak mengecewakan. Sedap jugak. Harga pun murah. Kalau anda yang belum pernah cuba makan dekat situ dan nak cuba boleh cari di google Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Tapi ingat ya. Buka Jumaat je katanya. Nakkan kepastian, boleh tanya warga tempatan. Alamatnya, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang 81700 Pasir Gudang, Johor. Boleh rujuk gambar lokasi di bawah.

Sumber gambar Google Maps
Lepas makan dekat kedai nasi beriyani ni saya terus balik ke Kelantan tapi sebelum tu sempat lah singgah gerai Pisang Goreng Mawar macam yang saya cerita kat atas tadi.

Saya tak sempat nak snap semua gambar sendiri. Ada, tak banyak. Nak tahu macam mana dia punya makanan selera ke tak selera saya letak video youtube yang Mawi makan tu. Boleh buat perut berbunyi. Cuma gambar nasi beriyani dekat Kompleks Pusat Bandar je tak ada.


Masa saya di Johor Bharu saya duduk di mana? Saya sebenarnya duduk hotel dekat Pasir Gudang. Hotel bajet je tapi puas hati. Harga kurang daripada RM100. Sebelum ke JB tu saya cari juga dekat Booking.com. Harga hotel-hotel bajet kat Pasir Gudang boleh tahan banyak yang murah tapi selesa. Anda cari saja di Booking.com lagi mudah nak buat booking.







0 comments: