Saturday, July 22, 2017

Dah Lama Tak Pakai Pen Kurecolor. Kena Beli Lagi Ni

Masa belajar dulu-dulu, tak sah kalau tak beli pen. Yelah, nak sketch mesti kena ada pen. Saya sebenarnya lebih selesa guna pensel. Kalau salah bolehlah padam. Jimat kertas kan. Tapi lecturer saya kata kalau guna pensel tak designer-lah katanya. Designer mana ada pakai pemadam. 

So masa mula belajar, ingatkan cuma pen biasa je yang kena ada, tapi rupa-rupanya macam-macam jenis pen saya kena beli. Kadang-kadang tu bukanlah wajib nak guna pen jenis apa tapi biasalah kawan-kawan. Ada yang suruh guna pen yang nilah, pen yang itulah. So, saya pun ikutlah. Salah satunya ialah pen Kurecolor. Pen Kurecolor ni kira antara pen mahal jugaklah. Apatah lagi masa belajar dulu mana ada duit. Sebatang pen saja dah mencecah antara RM11-RM13. Mahal tak mahal saya pun belilah. Yelah, designer kan? Mestilah kena ada! Baru ada feel designer. Kononlah :)


Baru-baru ni, masa cari barang dalam stor, terbukak pulak toolbox barang-barang masa belajar dulu. Jumpa pen Kurecolor ni. Terus teringat zaman belajar dulu selalu guna pen ni. Saya test pen ni masih elok. Tiba-tiba terfikir, kenapa dah tak pakai lagi pen ni sekarang. Semua design saya pakai pen artline je. Kadang-kadang baru guna pensel warna. Dan sekarang, kenapa tidak saya gunakan semula pen Kurecolor ni untuk design-design saya kan?


Lepas tu, saya google kat mana nak cari pen Kurecolor ni sebab dekat tempat saya susah sikit nak cari. Akhirnya, saya jumpa dekat Lazada. Rupa-rupanya, dekat Lazada pun ada jual pen Kurecolor ni [KLIK DI SINI] Kalau anda pun suka dengan Kurecolor dan berminat nak beli, boleh dapatkan di LAZADA [DI SINI]. Saya pun nak beli jugak buat koleksi baru! :) 


0 comments: