Antivirus Terbaik Untuk Komputer

Ada banyak perisian antivirus yang boleh kita dapatkan sama ada secara online atau pun di kedai-kedai komputer. Kalau secara online ada dua cara anda akan dapat perisian tersebut iaitu dengan men-download software dan diberikan 'license key' atau anda akan menerima CD Original daripada pemjual. Tapi kedua-duanya sama saja kerana yang penting adalah 'license key'nya.

Ini berdasarkan kepada pengalaman saya sahaja ketika memilih dan membeli perisian antivirus manakah yang paling sesuai dan paling baik untuk komputer saya. Sepanjang penggunaan perisian antivirus, saya terlah menggunakan beberapa perisian antaranya, AVG Antivirus, Avira Antivirus, McAfee, Kaspersky dan terbaru Bitdefender. Semuanya Free Version dan trial Version 30 hari. Daripada kesemuanya itu, yang saya pernah melanjutkan penggunaannya secara berbayar ialah Kaspersky dan Bitdefender. Ini kerana, saya sangat berpuas hati dengan prestasi perisian ini ketika saya menggunakannya secara percubaan selama 30 hari. Kepuasan dan kepercayaan itulah yang mendorong saya untuk membuat keputusan membeli 'license key' yang original.

 

AVG. Saya pernah menggunakannya secara percuma dan secara percubaan. Bagaimanapun perisian ini agak terlalu cerewet sehingga mengganggu saya membuat kerja. Cerewet tetapi tidak membantu sangat pun menghalang virus daripada terus menjangkiti komputer saya. Malah, apabila perisian AVG ini sedang bekerja, ia menyebabkan komputer saya menjadi semakin berat. Yelah, komputer saya ni cuma komputer lama saja. Begitu juga dengan Avira. Avira agak ringan tetapi pada saya kadang-kadang ia terlalu cuai sehingga saya terpaksa baiki dan kadang-kadang terpaksa juga 'format' semula windows kerana terlalu banyak virus masuk ke dalam komputer saya. 

Kerana kecewa, saya tukar kepada perisian Kaspersky secara percubaan selama 30 hari. Hasilnya tidak mengecewakan dan saya tidak teragak-agak membuat keputusan untuk membeli yang original untuk tempoh 1 tahun. Sepanjang saya menggunakan Kaspersky, saya tidak menghadapi sebarang masalah sampailah ia tamat tempoh selama 1 tahun. 

Selepas setahun, saya bercadang untuk perbaharui 'license key' tetapi sebelum saya terus membeli 'license key' yang baru, saya buatlah research sikit. Daripada review pengguna antivirus seluruh dunia, ramai yang mengatakan Bitdefender adalah yang terbaik secara keseluruhannya dan ternyata mereka sangat berpuas hati. Tanpa berfikir panjang, saya terus men-download 'trial version' selama 30 hari dulu. Kesannya sangat bagus, ringan, prestasi yang baik dan boleh saya katakan terbaik lah secara total-nya. Ibarat, diam-diam ubi berisi. Tak sampai pun 30 hari, saya terus beli 'license key' yang original secara online. 

Apa yang boleh saya katakan secara ringkas terhadap Bitdefender ini adalah seperti dibawah.
  1. Mudah untuk install
  2. Prestasi yang terbaik tanpa memperlahankan komputer
  3. Mempunyai auto protection di mana saya tidak diganggu
  4. Jika anda membuka laman per-bank-kan, ia akan menjaga anda dengan Bitdefender Safepay 
  5. Komputer perlahan macam komputer saya ni pun tak perlu menunggu lama untuk membuka perisian Bitdefender ini kerana ia memang sebuah perisian yang ringan
  6. Seolah-olah ia sedang menjaga anda 24 jam sehari.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kesesuaian komputer anda. Macam saya ni, komputer sudah dekat 10 tahun dan agak perlahan. Kalau guna perisian yang tidak sesuai memang frust juga. Tetapi untuk Bitdefender dan Kaspersky, ia ringan dan tidak memberatkan komputer saya. Setakat ini tiada masalah lagi dan masing-masing menunjukkan prestasi yang sangat baik. 


Imej di atas rate dan prestasi bagi antivirus terbaik. Apapun, lain website, lain review dan lain juga ranking-nya. Terpulang kepada anda. Bagi saya, saya lebih mengesyorkan anda menggunakan antara dua perisian antivirus yang pernah saya gunakan iaitu Kaspersky dan Bitdefender. Kedua-dua perisian antivirus ini mempunyai prestasi yang terbaik dan sangat dipercayai. Jika dilihat kepada graf di atas ternya pilihan saya berada pada kedudukan 2 teratas. Saya berani letak 5 bintang untuk kedua-duanya. 

Bitdefender



Dapatkan di Lazada [KLIK DI SINI] .
Pilihan lain di Lazada [KLIK DI SINI]

Kaspersky



Dapatkan di Lazada [KLIK DI SINI] . 
Pilihan lain di Lazada [KLIK DI SINI]

Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N