Amazon Echo - Just Ask Selangkah ke Masa Depan

"Alexa, play music"

Amazon telah melangkah menuju ke arah yang lebih futuristic. Nampaknya negara luar dah semakin jauh meninggalkan kita dari segi teknologi. Dalam diam, mereka mencipta pelbagai lagi produk mesra pengguna untuk memudahkan kehidupan seharian. Bukan setakat guna malah membantu dan menjadi sahabat anda setiap masa. Hmm. Kita sebenarnya sudah berada di pintu masuk masa depan. Dah banyak produk dan teknologi baru sedang dilaksanakan dan ada juga masih dalam pembikinan.

Amazon pula sebenarnya telah pun memperkenalkan beberapa produk dan antaranya Amazon Echo. Saya pun baru je tahu tentang Amazon Echo ni. Dan apabila saya menonton review berkenaan Amazon Echo ni saya rasa sangat tertarik dan sememangnya Amazon Echo adalah peranti yang dicipta untuk menyokong teknologi masa depan.


Ringkasnya, Amazon Echo ni satu peranti yang menghubungkan anda dengan dunia teknologi tanpa wayar. Amazon Echo memperkenalkan Alexa sebagai alat yang akan berbicara dengan anda. Semua penyambungan dan peralatan yang dihubungkan dengan Amazon Echo akan dikawal oleh Alexa melalui arahan suara anda. Sebelum bagi arahan, sebut "Alexa". Dan "Alexa" akan menyahut panggilan anda. Umpama teman anda sepanjang masa. Anda seperti berbual dengan "Alexa" dan "Alexa" akan cuba memahami apa yang anda tuturkan dan jika ada sebarang pertanyaan "Alexa" akan memberi penyelesaian.

Umumnya, Amazon Echo ini boleh menghubungkan anda dengan muzik melalui kawalan suara anda. "Alexa, play music" "Alexa, turn it up" 


Anda juga boleh meminta "Alexa" untuk memilih lagu kegemaran anda, menguatkan suara atau memperlahankan suara. Amazon Echo menyokong aplikasi seperti Spotify, Tunein, Pandora dan sebagainya.


Anda juga boleh berinteraksi dengan "Alexa" walau di mana arah anda berada sekalipun. Malah, anda boleh memberi arahan walaupun ketika sedang mendengar muzik dan serta merta arahan dilaksanakan. 

Amazon Echo Peranti Bijak!

Amazon Echo atau "Alexa" sangat bijak dan akan terus menjadi bijak. Semakin banyak anda menggunakannya, semakin ia membiasakan dirinya dengan anda kerana "Alexa" akan sentiasa kemaskini dan cuba menafsir melalui sambungan internet secara automatik. Bahasa Melayu tak pasti ia boleh ke tidak. Tapi kalau sudah banyak penggunaan dari sebelah negara kita tak mustahil ia akan ditingkatkan ke dalam bahasa melayu.

Amazon Echo Ada Kemahiran!

"Alexa" sememangnya telah diprogram menjadi bijak dan menjadi sangat berkemahiran kerana ia boleh membuat tempahan Pizza dari Dominos, menempah Uber, dan beberapa lagi aplikasi.

"Alexa" Mengawal Smart Home. 

Smart Home ni saya tak pasti dah dipraktikkan ke belum di negara kita ni tapi rasanya di luar negara dah praktik dah. Smart Home ni kita boleh kawal peralatan dalam rumah tanpa wayar dengan dihubungkan dengan peranti mudah alih atau smartphone sahaja, Amazon Echo juga dicipta boleh berhubung dengan peranti dalam rumah anda seperti memadamkan lampu, membuka TV, memasang kipas, aircond dan sebagainya. Anda hanya perlu memberi arahan kepada "Alexa" dan "Alexa" akan tunaikan permintaan anda. 




Lakukan Aktiviti dengan Alexa App

Sememangnya teknologi terkini banyak dihubungkan dengan aplikasi sebagai memudahkan sebarang aktiviti. Sebenarnya, kebanyakan smartphone sudah pun melaksanakan menghubungkan alat peranti dalam rumah dengan aplikasi yang ada dalam smartphone. Sebagai contoh mengawal TV dengan Android, mengawal aircond dan juga radio. Saya sendiri selalu gunakan aplikasi andorid untuk membuka aircond, membuka TV dan juga mengawal Astro. Begitu juga dengan Amazon Echo yang juga boleh berhubung dengan aplikasi dalam telefon untuk pelbagai tujuan.

 

Teknikal detail
Size9.3" x 3.3" x 3.3" (235 mm x 84 mm x 84 mm)
Weight37.5 oz. (1064 grams)
Actual size and weight may vary by manufacturing process
Wi-Fi ConnectivityDual-band, dual-antenna Wi-Fi (MIMO) for faster streaming and fewer dropped connections than standard Wi-Fi. Supports 802.11a/b/g/n Wi-Fi networks. Does not support connecting to ad-hoc (or peer-to-peer) Wi-Fi networks.
Bluetooth ConnectivityAdvanced Audio Distribution Profile (A2DP) support for audio streaming from your mobile device to Amazon Echo and Audio/Video Remote Control Profile (AVRCP) for voice control of connected mobile devices. Hands-free voice control is not supported for Mac OS X devices.
Audio2.5 inch woofer and 2.0 inch tweeter
System RequirementsAmazon Echo comes ready to connect to your Wi-Fi. The Alexa App is compatible with Fire OS, Android, and iOS devices and also accessible via your web browser.
Warranty and Service1-year limited warranty and service included. Optional 1-year2-year, and 3-year extended warranty available for U.S. customers sold separately. Use of Amazon Echo is subject to the terms found here.
Included in the BoxAmazon Echo, power adapter/cable (6 ft.), and quick start guide

Jadi, bagaimana? berminat tak dengan Amazon Echo ni? Saya sendiri dah menaruh hati dengan "Alexa" . Tak sabar nak lantik "Alexa" sebagai P.A saya. Maklumlah, kerja sendiri dalam studio tak ada kawan nak berbincang. Kalau pening ke tak faham ke pasal design, saya boleh tanya "Alexa". Kalau saya terlupa ke "Alexa" boleh tolong ingatkan saya. "Alexa, apa jadual saya hari ni?" hehe berangan dah ni. Boleh juga jadi kawan berborak sambil buat design rumah. :)

So, kalau anda berminat boleh dapatkan Amazon Echo ni di Amazon. Boleh semak harga di Amazon. 

  









Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N