Subscribe by Email

Booking.com

Wednesday, February 10, 2016

10 Tempat menarik Apabila Anda Berkunjung ke Bandung Indonesia

Bercakap tentang Bandung, siapa yang tak kenal. Yang tak pergi lagi pun dah boleh cerita macam-macam, apatah lagi yang pernah pergi. Ramai kata Bandung best. Yeke best? Saya tak pernah pergi lagi. Baru nak pergi. Insya Allah, bulan 3 tahun 2016 ni saya akan ke Bandung bersama keluarga. Perancangannya, ke Bandung dulu dari Kuala Lumpur, lepastu balik ke Malaysia dari Jakarta. Ikut famili sebenarnya. Sambil menyelam minum air. Bolehla kot guna peribahasa ni. Yela, famili saya dah pernah pergi. Saya dan isteri belum jejak lagi. 

Oleh kerana perjalanan ke Bandung bakal menjadi perjalanan pertama kalinya saya dan isteri ke sana. Jadi, saya memang tak tahulah apa yang best dan menarik kat Bandung. Macam biasa, kalau travel saya dan isteri lebih teruja nak tengok kehebatan senibina di negari orang. Sebelum nak pergi ke sana, saya buat research sikitlah apa yang menarik kat Bandung. Huhu teruja dah ni! :)


Saya senaraikan dulu 10 tempat menarik apabila anda berkunjung ke Bandung, Indonesia

1. Shop in factory outlets (Kedai-kedai Kilang)



Ramai yang cerita kalau shopping kat Bandung ni best. Banyak barang berkualiti terus dari kilang dengan harga yang murah. Katanya la. Saya tak tahu. Kalau 10 orang yang cerita , memang 10 orang tu akan cerita benda yang sama. Kalau ke Bandung ni memang takkan balik dengan tangan kosongla. Mesti ada je barang yang di beli. Pergi bawak beg kosong, balik bawak bukan setakat satu beg, tapi berbeg-beg. Siap boleh buat berniaga lagi. Terutamanya, apabila anda berkunjung ke kedai-kedai kilang di Jl Riau atau Jl Dago, anda akan menemui pelbagai barangan berkualiti seperti kasut, beg dan bermacam lagi dari pelbagai jenama terkenal. Semuanya dalam keadaan yang baik, jenama baru tetapi pada separuh harga! Wow! Best tu! Bawok banyok pitih deh! :)

2. Kawah Putih Ciwidey


Sumber gambar : wikipedia

Kawah Putih ni adalah sebuah tasik yang terbentuk dari letusan gunung berapi iaitu Gunung Patuha. Sesuai dengan namanya, ia adalah sebuah tasik volkanik dengan memiliki tanah yang bewarna putih. Warna putih ini adalah kerana terdapat kandungan belerang pada tanahnya. Antara keunikan utama di Kawah Putih adalah airnya yang selalu berubah warna. Perjalanannya adalah 2 jam dari Pusat Bandar Bandung. Kaki selfi, kat sini baru best! :)

3. Gunung Tangkuban Perahu

Sumber gambar : wikipedia

Teringat pulak masa jalan-jalan ke Jogjakarta dulu, sempat jugakla pergi ke Gunung Merapi. Tapi Gunung Merapi kat Jogjakarta tu baru je berlaku letusan debu gunung berapi. Jadi, tak ada apa yang dapat tengok melainkan debu-debu, kesan-kesan peninggalan dan kesan kebakaran akibat letusan tu. Okay, berbalik kepada Gunung Tangkuban Perahu, ia terletak dalam 20 km di utara bandar Bandung. Gunung Tangkuban Perahu juga adalah gunung berapi yang terletak di daerah Lembang. Diceritakan disebalik nama Gunung Tangkuban Perahu adalah bentuknya yang menyerupai sebuah perahu terbalik, sesuai dengan cerita-cerita yang mengatakan bahawa Gunung Tangkuban Perahu berasal dari perahu yang ditendang hingga terbalik oleh Sangkuriang. Entah iya entah tidak, tapi itulah ceritanya. Gunung Tangkuban Perahu adalah sebuah tempat pelancongan alam semulajadi yang sangat terkenal di Bandung. Kena pergi jugak tempat menarik ni. Rugi kalau asyik shopping je, nanti anda punya jalan-jalan macam tak ada value! :) 


4. Trans Studio Bandung



Sumber gambar : wikipedia

Anda rasa kat Singapore je yang ada Universal Studio? Kat Bandung pun ada. Saya pun baru tau. Itu pun sebab nak tau apa yang menarik dekat Bandung. Selain nak bershopping kat Bandung, pergi ke tempat-tempat yang menarik dan cantik, anda juga berpeluang berhibur atau bercuti di Trans Studio Bandung. Trans Studio Bandung adalah tempat percutian taman rekreasi yang digabungkan dengan Trans Studio Mall. Siapa yang selalu ke Bandung mungkin tahu yang dulu namanya Bandung Super Mall. Trans Studio Bandung adalah salah satu taman permainan dalam ruangan yang terbesar dengan lebih dari 20 jenis permainan disediakan. Harga tiket adalah 150,000 Rupiah atau lebih kurang RM50 pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 250,000 Rupiah iaitu dalam RM80 pada hari Sabtu dan Ahad. Selain mall, Trans Studio Bandung juga memunyai hotel di mana anda boleh terus menginap di hotel yang disediakan.

Boleh cuba cari dan tempah hotel di booking.com


5. Floating Market Lembang


Sumber gambar : wikipedia

Bunyinya macam menarik? Apa agaknya ya? Dari namanya saja kita dah boleh bayangkan macam mana rupanya Floating Market Lembang ni. Floating Market Lembang ni ialah sebuah pasar terapung dan menjadi salah satu tarikan kepada pelancong yang datang ke Bandung. Untuk masuk ke Floating Market Lembang ni ada tiket. Bayaran tiket masuk adalah 15,000 Rupiah atau sekitar RM5.

Dikatakan, masuk saja melepasi kawasan lobi, anda akan disambut dengan tasik yang cantik dan memukau. Di sekelilingnya terdapat ruang tepat duduk di mana anda boleh minum sambil menikmati keindahan pemandangan di situ. Cuma, kalau nak membeli makanan dan minuman kat dalam tu kena ada coin. Coin tu boleh didapatkan di kaunter lobby. Leceh sikitla tapi tak apa je. Agak unik sikit kan. Lokasinya terletak di daerah Lembang. Floating Market Lembang ni adalah tempat yang sangat menarik dan ramai pengunjung dan paling banyak dicari di internet. Kalau anda ke Bandung, jangan sia-siakan percutian anda kalau tak pergi ke Floating Market Lembang ni. Best! Saya pun dah mula pasang planning nak ke sana ni.

6. Institut Teknologi Bandung


Sumber gambar : wikipedia

Di Bandung terdapat tempat pelancongan pendidikan yang terkenal seperti Institut Teknologi Bandung (ITB). Kampus ini memang tempat yang selalu dikunjungi oleh para pelancong termasuk juga para pelajar. Institut Teknologi Bandung (ITB) ni merupakan salah satu Universiti terbaik di Indonesia. Lokasinya di Jl. Ganesha, Bandung.

7. Gedung Sate

Sumber gambar : wikipedia

Mula-mula saya ingat tepat ni macam lubuk jual sate ke. Rupanya bukan. Bangunan Gedung Sate ni adalah bangunan bersejarah yang telah menjadi salah satu ikon Bandung dan Jawa Barat. Selain digunakan sebagai tempat kegiatan kepemerintahan, ia juga dikunjungi oleh ramai pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat dan melihat senibinanya. Wow.. ini yang saya suka ni :)

Senibina Gedung Sate ini telah dihasilkan oleh arkitek Ir. J.Gerber. Ramai arkitek menyatakan Gedung Sate adalah bangunan monumental yang sangat anggun dan mempesona dengan gaya senibina yang unik yang dipengaruhi oleh gaya senibina Indo-Eropa. Hum..wajib pergi ni. Tapi tak taula sempat ke tak saya nak pergi nanti. Anda? Kena planning untuk pergi jugak ya! :)

8. Pasar Baru Bandung

Untuk menjadikan percutian anda lebih seronok, anda kena singgah ke Pasar Baru Bandung. Di Pasar Baru Bandung ada menyediakan pelbagai barangan dari barangan tempatan hingga barangan import. Peniaga-peniaga yang ada di Pasar Baru Bandung bukan sahaja dari kalangan warga Indonesia, malah ada juga dari negara kita, Malaysia. Lokasinya di Jl. Otto Iskandar Dinata.

9. Situ Patenggang / Situ Patengan

Sumber gambar : wikipedia

Situ Patenggang juga merupakan tasik yang paling banyak dicari oleh pengunjug yang sukakan ketenangan dan suasana romantik kerana dikatakan tasik ini memberi kedamaian kepada sesiapa saja yang datang berkunjung. Di tengah tasik ini ada sebuah daratan kecil yang dinamakan sebagai pulau Cinta dan perlu menggunakan perahu untuk ke pulau cinta ni. Ada perahu disediakan untuk disewakan.

10. Kebun Binatang Bandung - Zoo la kot tak pun taman haiwan :)

Jika anda suka nak tengok haiwan, boleh berkunjung ke Kebun Binatang Bandung. Kebun Binatang Bandung memiliki keluasan sebesar 14 Hektar di mana ia menempatkan binatang atau haiwan, tanaman, kolam dan taman ria. Manakala selebihnya ialah ruang seperti teater, museum, aquarium, masjid dan sebagainya. Kebun Binatang ni terletak di Jalan Kebon Binatang, Taman Sari Bandung.

11. De’ranch Lembang

‘Pelancongan Kuda ala Cowboy’. Apa yang menariknya kat sini, anda boleh menikmati keseronokan di sini menaiki kuda dengan bergaya seperti ala Cowboy. Selama ni kita cuma dapat tengok dalam TV tapi di sini anda boleh bergaya ala cowboy jugak. Okla kalau anda minat. :) . Selain itu, antara daya tarikan yang ditawarkan di sini ialah The Gold Hunter, Fun Boat, Kolam Pancing, Flying Fox, Belon Air, Memanah dan pelbagai lagi. De’ranch Lembang ni terletak di Jl. Maribaya, Lembang, Jawa Barat.

Okay, saja saya bagi info lebih sebab sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik. Tu tak campur lagi Bandung Electroic Center, Cihampelas Walk (Ciwalk), Masjid Agung Bandung dan lain-lain lagi. Tak habis nak sebut kat sini.

Jadi, kalau anda memang nak ke Bandung, atau akan ke Bandung buat pertama kalinya, pastikan anda tidak sia-siakan percutian anda tu dengan hanya untuk bershopping saje. Anda akan menyesal nanti. Sebab apa? Sebabnya ialah bukannya selalu anda dapat nak pergi ke Bandung. Kalau dah dapat pergi sekali belum tentu nak pergi lagi. Alang-alang dah pergi ke sana, lebih baik gunakan masa percutian tu pergi ke tempat-tempat yang menarik bukan hanya nak bershopping saje ya :) . Jangan hirau sangatla cakap orang, kalau nak ke Bandung best nak bershopping. Mungkin dia dah selalu pergi. Tapi takkan la anda nak bercerita dengan kawan-kawan, saudara-mara atau keluarga hanya pergi bershopping saja. Tak best la kan :) . At least, anda boleh la nak cerita lebih-lebih apa yang ada kat Bandung. Tak semua orang suka shopping. Betul tak? :)

Saya tak sabar dah ni ! hehe

Jika anda bercadang untuk ke Bandung, jangan lupa cari penginapan atau hotel di sana. Gunakan saja Agoda. Senang :) Saya dah cuba. Harga pun berbaloi..!

No comments:

About Me

My photo
Hi. Saya Azizi Yusoff. Saya menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek. Menyediakan rekabentuk rumah, bangunan, rekabentuk dalaman, membuat pelan bangunan baru, ubahsuai dan rekaan dalaman. Saya juga menyediakan perkhidmatan sehingga urusan permohonan kelulusan pelan kepada. Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya atau layari www.dzcreation.com.my

Labels

3d 3d sketchup adapter Al-Quran Android android update Apa itu tone excel architect designer Architecture architecture services arkitek Asus asyik-asyik mistik autocad beli pelan banglo beli pelan rumah Bisnes buat bisnes dengan tone excel buat duit buat duit raya Buat duit raya tanpa modal cara menyertai tone excel Cars Cerita cerita mistik Clixsense computer Computer n Technology Coretan daftar Dakwah Design dragonfly facebook faile to updated fix ganjaran istimewa tone excel green architecture green building guru Hadith dan Sunnah insufficient storage application Islam Islam dan Sains istidraj Isu dan Ehwal Semasa Jalan-Jalan jana duit jana duit modal sikit jana duitr dengan toneExpress jana pendapatan jana pendapatan dengan tone excel jana pendapatan dengan tonexpress Johor Bharu Karya Kata Hikmah Kereta Koleksi Video Nasyid komputer lenovo Lukis Lukisan Maher Zain masalah kita metabolic mistik nak beli pelan rumah nasihat New York City Notebook Pablo Picasso Pasir Gudang pelan banglo pelan bangunan pelan rumah Pelukis pelukis pelan pelukis pelan rumah Pelukis Terkenal pendapat Percutian perisian perkhidmatan arkitek perkhidmatan pelukis pelan Picasso produktif Promotions raya tahun ni respect Review Samsung Samsung baru Samsung Galaxy Samsung Galaxy Note Edge Samsung terkini Sejarah senibina Sifat Tercela sikit-sikit mistik Simkad ToneExcel sketchup smartphone Software sony problem suka mistik sungai dalam laut sustainable talkin Tazkirah tazkirah pagi tazkirah ringkas tidak produktif tl-wn727n Tone Excel ToneExcel tp-link tp-link wifi adapter tplink Travel Tune Talk Tone Excel ulama' Ultrabook Umum wifi Wifi adapter xperia