Tempat Yang Mesti Dikunjungi Jika Anda Ke Bali

Bali sangat terkenal bukan sahaja di negara serantau malah di seluruh dunia, Sebut sahaja Bali orang akan membayangkan betapa indahnya Bali. Walaupun sebenarnya tak pernah pergi. Tapi bila cerita pasal Bali tiba-tiba boleh bayangkan suasana keindahan di Bali. Bali adalah salah satu kepualauan yang terletak di Indonesia. Keluasannya ialah 5,780.06 km2 lebih besar daripada Singapura, Langkawi dan Pulau Pinang.

Kedudukan Bali adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.

Untuk pengetahuan anda, majoriti penduduk di Bali adalah beragama Hindu. Lebih kurang 80%. Manakala orang Islam pula sangat sedikit iaitu berjumlah lebih kurang 13 % sahaja. Kat Bali ni kalau nak cari makanan yang halal memang agak susah. Kalau setakat babi golek tu tak hairan dah sebab lalu kat tepi jalan je dah boleh jumpa banyak. Orang kata, kalau nak makan kena cari kedai makan nasi padang atau restoren lombok. 

Saya pernah menjejakkan kaki ke Bali tahun 2009. Masa tu ada trip untuk buat case study pasal architecture. Untung jadi student architecture ni sebab boleh berjalan jauh-jauh untuk buat case study. hehehe. Pengalaman pertama saya semasa berada di sana memang susah nak cari makanan halal. Itu pun mujur ada pemandu pelancong yang bawakla. Kalau pergi sendiri memang berlapar jugak agaknya. Baik buat research awal-awal pasal makanan halal sebelum pergi supaya tak ada masalah bila sampai sana nanti. Paling bagus, bawakla bekal. 

Tempat Yang Mesti Dikunjungi Jika Anda Ke Bali

Di sini ada beberapa tempat yang anda kena kunjungi jika berada di Bali. (Kat Bali ni banyak kuil sebenarnya). Tapi Bali adalah antara tempat yang mempunyai nilai architecture yang menarik.

1. Uluwatu Temple – Pura Luhur


Sumber gambar : Wikipedia

Binaan kuil ini terletak di tebing bukit di tepi laut. Ia terletak di pulau ini dengan dikenali sebagai Bukit Peninsula di mana ia merangkumi beberapa pantai terbaik di Bali. Ia berada di tebing yang curam dengan ketinggian 70 meter di atas Lautan Hindi. Jika anda menghampiri di kedudukan yang lebih tinggi di sana, anda akan menikmati pemandangan yang cukup indah di kiri dan kanan dan pemandangan matahari terbenam.

2. Pura Tanah Lot


Sumber gambar : Wikipedia

Tempat ini dikatakan antara tempat yang sangat popular. Juga berada di tebing batuan di tepi laut. Untuk menikmati pengalaman yang cukup indah, anda disarankan untuk berkunjung ke sini ketika air laut surut supaya anda boleh berjalan merentasi air untuk pengalaman yang lebih menakjubkan.

3. Pura Ulun Danu Bratan (Bali’s temple by the lake)


Sumber gambar : Wikipedia

Kan saya dah cakap, kat Bali ni banyak kuil . hehe. Nak tengok keindahan tempat ni tak ada masalah pun. Kuil ni adalah antara kuil tepi tasik yang terkenal di mana ia tak macam tempat-tempat sebelum ni yang terletak di tebing batuan tepi laut. Tapi yang ni terletak di tepi Tasik Bratan . 

4. Ubud


Sumber gambar : Ubud Wikipedia 
(Maafla gambar sendiri tak jumpa pulak kat mana simpan)

Ubud adalah salah satu tempat yang anda tak boleh ketinggalan. Masih di tengah-tengah Bali di mana semua aktiviti banyak tertumpu kepadanya. Orang kata, pusat la. Ada macam-macam yang akan anda jumpa di Ubud ni. Dari alam semulajadi, budaya, masyarakat, muzium, taman-taman dan pelbagai lagi. Anda juga boleh berjalan-jalan dengan berbasikal untuk melihat tempat-tempat menarik di sekitar Ubud ini. Selain itu, anda juga boleh  menikmati kesenian, teater dan yang satu lagi ni jangan lupa pulak nak bershopping. Orang kata, kalau nak shopping, kat Ubud ni la tempat yang glemer. Orang katala. Saya ikut je. 

5. Private beach at Nusa Dua Beach


Sumber gambar : Wikitravel 

Okay. nak pergi sini kalau ada bajet lebih bolehla berkunjung ke pantai Nusa Dua dengan hotel 5 bintangnya. Anda juga akan menikmati keindahan pantai yang bersih dengan lebih privasi. Sesuaila kalau anda nak berhoneymoon.

6. Coffee plantation at Bali Pulina Agro Tourism

Gambar takda. Boleh google. Peminat kopi kat sinilah tepatnya. Minum secawan kopi sambil menghadap ladang kopi. Di sini juga anda akan dihidangkan dengan pelbagai kopi dan teh untuk dirasa. Anda juga boleh melihat proses bagaimana Kopi Luwak yang terkenal diproses. Memang tepatlah tempatnya jika anda adalah seorang peminat kopi. Saya pun suka kopi. Pantang ada kedai kopi ke bau kopi ke mesti terliur punya.

7. Kuta atau Pantai Kuta (Kuta Beach)

Sumber gambar : Wikipedia Kuta 

Kuta Square
Sumber gambar : Wikipedia Kuta 

Anda ingat lagi peristiwa di Kuta? Kes bom berani mati tahun 2002 yang menyebabkan kematian berjumlah 202 orang manakala 240 orang lagi tercedera. Peristiwa ni antara kes yang terteruk di Indonesia masa tu. Tapi pantai Kuta ni sangat popular dan sangat menarik juga untuk dikunjungi, Peristiwa lalu masih menghantui pengunjung tapi tetap tidak sunyi dari para pelancong yang datang berkunjung ke tempat ini. 

Ini antara beberapa tempat menarik yang saya senaraikan. Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik dan cantik yang mesti anda kunjungi. Kalau saya dah jumpa gambar masa saya ke sana atau ada lagi tempat menarik yang saya jumpa saya akan update-kan sekali lagi di sini. 


Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N