Salah Format | Kembalikan Data Yang Hilang Dengan EaseUS Data Recovery Wizard Professional

Data yang hilang atau ter-delete selalu terjadi yang mungkin disebabkan oleh kecuaian atau mungkin juga disebabkan oleh kerosakan pada komputer atau pada data simpanan anda. Kesalahan yang paling bahaya ialah apabila melakukan 'format' pada komputer tanpa membuat 'backup file' terlebih dahulu atau melakukan kesilapan 'format' komputer secara tidak sengaja. Perkara begini pernah terjadi kepada saya apabila beberapa file projek saya telah hilang yang disebabkan kesilapan semasa mem-format komputer. Jika file ter-delete mungkin anda boleh dapatkannya semula dengan membuat semakan di dalam folder recycle bin. Tetapi bagaimana pula jika folder recycle bin juga dikosongkan tanpa membuat semakan dahulu? Dan bagaimana pula jika komputer di format tanpa membuat backup? Jawapannya, anda tidak dapat mengembalikan file-file anda yang telah hilang. 

Bagaimanapun, jangan bimbang kerana file-file yang telah hilang akibat kesalahan delete, atau kesalahan format ini sebenarnya boleh dikembalikan dengan menggunakan perisian recovery. Antara perisian atau software recovery yang saya syorkan ialah EaseUS Data Recovery Wizard Professional 9.8. Perisian ini akan mengimbas dan mencari file-file anda yang telah hilang walaupun komputer anda telah diformat dan telah pun membina partition baru. Cara pengimbasan file ada dua, iaitu yang pertama ialah scan biasa dan kedua ialah deep scan. Jika scan biasa masih tidak dapat menjumpai file-file yang telah hilang, boleh cuba cara kedua iaitu cara deep scan. Deep Scan akan menyelongkar data simpanan anda dan semua file yang telah hilang akan disenaraikan. Selepas selesai pencarian, anda boleh memilih file-file yang penting atau pilih semua untuk membuat recovery.


Paparan EaseUS Data Recovery Wizard Professional 9.8

Anda juga dibenarkan menggunakan versi Free Trial EaseUS Data Recovery Wizard Professional di mana anda boleh [KLIK DI SINI] untuk download untuk anda lihat bagaimana ia berfungsi dan sejauh mana ia bagus untuk anda. Jika anda berminat untuk terus mendapatkan perisian yang berguna ini, ia boleh terus dibeli di easeus.com atau [KLIK DI SINI] .

Product Descriptions

The Data Recovery Software is Dynamic Disk and Linux File System compatible! An advanced and professional data recovery software to help you out of all data loss problems. Recover deleted files emptied from the Recycle Bin, or lost due to software crash, formatted or damaged hard drive, virus infection and other unknown reasons. The data recovery software works wonderful with hard drives, hardware RAID, IPOD, SD and Memory Cards, etc.


Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N