Data dan File Hilang | Berita Baik Untuk Pengguna Android!

Dulu-dulu kita hanya bimbang jika data atau file dalam komputer peribadi kita akan hilang. Dan memang sukar untuk kita dapatkan semula file-file yang hilang. Apa yang pasti kita akan pasrah dan redha sahaja apabila semua file penting dalam komputer telah hilang yang mungkin disebabkan file rosak, kesilapan membuat format komputer dan tidak membuat backup file.


Sekarang, kebimbangan itu beralih pula kepada tablet dan smartphone. Zaman telah berubah! Data-data penting, file kerja, gambar peribadi semua sudah mula disimpan di dalam handphone sahaja. Ambil gambar dan simpan. Bila perlu, baru buka dan lihat. Zaman dulu semua nak kena print-out. Bergegas ke kedai gambar untuk  print gambar dan simpan dalam album. Takut hilang. Sebenarnya, walaupun bila teringat zaman tu agak kuno, tetapi cara itulah yang paling selamat dan paling dihargai. Kenangan-kenangan indah walaupun hanya sikit tapi sangat sayang kalau tak simpan dalam album. Kat kampung saya, ada banyak gambar disimpan di dalam album yang tersusun elok di rak-rak buku dan meja. Tetapi sekarang, semuanya hanya dalam handphone. Kadang-kadang sampai tak ingat simpan dalam folder mana. Masalah paling teruk, bila rosak, file, gambar semua boleh hilang. Silap tekan, boleh jadi hilang semua gambar. Sebab saya pernah tersilap tekan. Habis semua kenangan yang belum buat backup ke dalam komputer, hilang macam tu saja. 

Itu masalah gambar, ada juga yang simpan data dan file kerja dalam tablet dan smartphone. Dan menganggap semuanya akan OK. Tapi, apabila silap tekan boleh hilang perkara penting. Dulu-dulu semua kena print, fotokopi supaya tak hilang. Bagaimanapun, kedua-dua cara ada baik dan buruknya. Perlu berubah mengikut peredaran masa.

Kembalikan Data Yang Hilang dengan EaseUS MobiSaver for Android

File-file yang telah hilang di dalam smartphone atau tablet boleh dikembalikan dengan menggunakan teknologi perisian 'recovery' terkini.  EaseUS MobiSaver for Android merupakan software yang direka untuk melindungi dan mengembalikan file-file yang telah hilang di dalam android smartphone, tablet dan juga di dalam memori kad (SD Card) anda seperti message (SMS), contact, muzik, video, dokumen dan sebagainya. Caranya amat mudah. Sambungkan kepada komputer, membuat imbasan (scan) dan recover. Software ini menyokong semua smartphone dan tablet yang menggunakan Android seperti Samsung, Sony, Motorola, HTC dan sebagainya. 

Jika anda mengalami masalah seperti ini, boleh cuba dulu versi Trial di sini >> [TRY NOW-CLICK HERE] << untuk download. Jika anda berpuas hati, boleh terus dapatkan dan beli di sini >> BUY NOW << untuk membuat pembelian. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan dan menjimatkan masa anda.



Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N