Microsoft Windows Phone Lumia 535 | Store Promotion Launch!

Microsoft Windows Phone Lumia 535 | Store Promotion Launch!



Microsoft bukan nama yang asing lagi. Sejak dari kecil lagi, nama Microsoft sangat dikenali. Sampai sekarang komputer yang saya gunakan pun menggunakan perisian Microsoft. Windows 10, Microsoft Office. Kalau guna perisian lain boleh jadi pening jugak :). Sekarang sudah pun ada Microsoft Windows Phone Lumia. Kalau tak silap saya, Windows Phone Lumia ni dulu adalah Nokia. Nokia Lumia. Tapi sekarang kalau google dah tak ada lagi nama Nokia. Nokia pun adalah antara jenama telefon yang sangat terkenal satu ketika dulu. Namun, nama Nokia sudah tenggelam di telan zaman. Sekarang, jenama yang sangat popular antaranya ialah Samsung, I-Phone, Sony, Lenovo, Asus dan terkini Oppo serta banyak lagi. Jenama Nokia pun sebenarnya telah bersaing dengan jenama-jenama smartphone lain dengan menggunakan perisian Windows. Bagaimanapun, pada pandangan saya boleh dikatakan Nokia agak ketinggalan jauh dan gagal memikat hati pengguna telefon bimbit pada masa sekarang. Apapun, peminat Nokia dan Windows Phone pastinya masih ada! Saya juga secara peribadi, berminat dengan Windows Phone Lumia

Nokia sekarang sudah pun bertukar kepada Windows Phone Lumia. Kalau saya tersalah memberikan info anda boleh betulkan.  Teringat pula saya kepada Sony Ericsson. Satu jenama yang juga sangat popular. Saya juga sempat menggunakan smartphone Sony Ericsson Xperia Neo V. Masa tu smartphone android sudah mula melonjak naik kerana harganya yang lebih murah berbanding I-Phone. Dan masa tu juga jenama-jenama smartphone seperti Apple I-Phone dan Blackberry antara telefon yang sangat hebat. Antara jenama yang menggunakan sistem perisian android ialah Sony Ericsson. Sony Ericsson pun satu ketika sangat tip top dengan beberapa siri keluaran mereka yang hebat-hebat. Yang menariknya, kalau berkunjung ke kedai-kedai SONY masa tu, mesti ada promosi jualan. Kalau beli Sony Ericsson akan dipasangkan dengan hadiah atau accessories yang lain. SONY ERICSSON sekarang sudah pun bertukar kepada SONY sepenuhnya dengan nama SONY XPERIA. 

Jika anda masih berminat dengan Nokia, tidak mengapa kerana anda boleh dapatkan Windows Phone Lumia yang boleh didapatkan DI SINI DI LAZADA









Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N