Charger Adapter Laptop Rosak

Banjir yang melanda hujung tahun yang lalu telah mengakibatkan salah satu charger laptop saya mengalami kerosakan akibat banjir. Ada air di dalam kotak adapter tersebut dan mengakibatkan charger tersebut terbakar apabila dipasangkan suiz elektrik. Sejak itu saya tidak dapat menjalankan kerja-kerja saya seperti biasa. Saya cuba menggunakan charger laptop yang lama tapi tak muat. Rupanya, saiz pencucuh Adapter laptop ni berbeza-beza. Jenama yang saya gunakan ialah Asus Ultrabook.

Saya merancang untuk membeli di kedai komputer tapi saya tangguhkan dulu kerana kalau diikutkan pengalaman saya sebelum ni, harga charger di kedai komputer antara RM75-RM100. Standard dah sebenarnya harga tu. Tapi saya cuba cari alternatif di internet. Akhirnya saya terfikir untuk cari di Lazada. Ya, dah jumpa charger untuk laptop saya. Harganya tak lebih dari RM50 termasuk penghantaran. Tapi saya masih ragu-ragu tentang saiz adapternya. Jangan-jangan tak muat. Setelah meneliti akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli. Apa yang menariknya, semasa saya hendak membuat pembelian, ada tawaran #mycybersale rupanya. Daripada harga asal RM45 saya dapat membeli RM25 sahaja. Jimatkan :) Terus saya buat pembelian. Apa yang penting, ada warranti 1 tahun. :)

Alhamdulillah, charger adapter laptop tu saya dah terima dalam tempoh 3 hari bekerja sahaja. Dan sekarang saya sedang menggunakannya. Bagaimanapun, saya hanya dapat charger adapter dc sahaja. Manakala kabel plug penyambung elektrik tidak disertakan. Saya gunakan yang lama. Ok, muat dan setakat ni takda masalah. Kalau anda pun sedang mencari ganti adapter atau charger laptop yang dah rosak, boleh dapatkan di Lazada di sini --> Asus Adapter Charger 19V 3.42A . Sebelum membuat pembelian, semak dahulu kesesuaian charger dengan laptop anda. Paling baik cari yang ada ciri-ciri yang sama dengan charger laptop yang lama. Contohnya berapa output dan saiz DC. Nama charger baru saya ni Asus Adapter Charger 19V 3.42A dan saiz DC nya ialah 5.5mm (diameter luar) x 2.5mm (diameter dalam). Boleh google image untuk kepastian :)


Cable Plug ni tidak termasuk. Boleh guna saja yang asal

Sekarang tengah ada promosi ROCKTOBER di Lazada.. :)










Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N