Isu GST : Nasi Goreng GST dan Isu Negara

Isu perlaksanaan GST memang satu isu yang sangat hangat dibincangkan sekarang ini. Sebelum ia dilaksanakan lagi, ia telah pun dibincangkan secara meluas tentang kesan-kesannya kepada pengguna di media massa. Walaupun selepas GST ini dilaksanakan, ia masih terus dibincangkan kerana ia benar-benar memberi kesan kepada pengguna ataupun pembeli. Ada yang terus menunjukkan bantahan, ada juga yang terpaksa melaluinya dan tidak kurang juga ada yang sangat menyokong perlaksanaannya. Hakikatnya, semua lapisan masyarakat di negara ini terpaksa menghadapi pelaksaan GST ini. Pelaksanaan GST sememangnya memberi kesan kepada rakyat di negara kita. Apa tidaknya, selepas perlaksanaan GST, harga barang juga turut naik. Malah sebelum perlaksanaannya pun, harga-harga barang sudah pun diumumkan kenaikkannya. Selepas sahaja perlaksanaan GST, pengguna turut dibebani dengan kenaikan harga petrol, kos sara hidup yang semakin tinggi dan terbaru kejatuhan wang ringgit Malaysia. Situasi ini amatlah dibimbangi oleh semua rakyat Malaysia.

gst image from gst.customs.gov.my

Di dalam banyak isu yang timbul ketika ini, isu perlaksanaan GST ni boleh dikatakan agak 'unik' kerana apabila disebut saja tentang GST, maka akan terbayanglah wajah Ahmad Maslan. Secara spontan ada yang akan tergelak, ada yang akan marah dan ada juga yang akan rasa sakit di hati. Tergelak kerana kenyatan-kenyataannya yang tidak masuk akal. Marah kerana kenyataanya tidak serupa bikin. Sakit di hati kerana kenyataannya yang seolah-olah tidak memikirkan hati dan perasaan rakyatnya. Bagaimana boleh dipilih menjadi menteri atau wakil kepada rakyatnya?

Terbaru, nasi goreng yang ditweet di twitter beliau (boleh google). Ini adalah kali kedua beliau berbuat demikian. Tindakan dengan menunjukkan gaya sedang memasak nasi goreng seperti itu bukanlah suatu yang penting untuk ditontonkan kepada rakyatnya. Perlukah? Ramai yang mempertikaikan tindakan tersebut. Sebenarnya kemarahan rakyat bukan sahaja tertumpu kepada beliau, malah kemarahan rakyat juga terarah kepada mereka yang lain iaitu menteri-menteri yang kerap mengeluarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak masuk akal. 

Oleh kerana terlalu banyak perbuatan dan kenyataan yang tidak masuk akal oleh mereka ini, terfikir juga apakah perlunya mereka bertindak mengeluarkan kenyataan dan perbuatan yang sangat mengarut? Apakah yang menyebabkan mereka sanggup berbuat dan berkata sesuatu yang boleh menyinggung perasaan rakytanya. Apabila difikirkan, ada kemungkinan mereka tidak berfikir dengan waras pun. Setiap kenyataan dan perbuatan itu dibuat secara semberono sahaja. Apa yang penting sudah ada alasan dan sudah ada jawapan. Tidak perlu memerah otak atau fikir sehingga sakit kepala. Dan tindakan seperti ini, tidak lain tidak dilihat hanyalah untuk mengalihkan sesuatu isu kepada isu yang lain. Bagaikan sudah dirancang. Apabila timbul sahaja isu yang besar maka akan keluarlah kenyataan atau perbuatan yang sangat mengarut sama ada di berita tv, akhbar atau di internet. Maka beribu-ribu pengguna internet akan tertumpu kepada kenyataan dan perbuatan itu termasuklah di dalam artikel ini yang turut menyentuh tentang perkara yang sama. Tidak percaya? Cuba lihat berapa ramai yang akan 'respon' terhadap isu Nasi Goreng berbanding isu yang lain dalam tempoh masa yang singkat. Sebenarnya, mereka tidak memikirkan langsung tentang rakyatnya. Katalah apa yang rakyat mahu katakan, kerana mereka langsung tidak mempedulikannya. Sebab itulah, kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal kerap dikeluarkan kerana menganggap rakyat ini hanya sebagai bahan mainan sahaja. Umpama membaling umpan, banyaklah ikan yang serbu! Itu yang mereka fikirkan. Pada hakikatnya, rakyat sudah tahu!

Ini hanyalah satu permainan politik. Fikirkan yang manakah yang lebih penting. Nasi goreng atau isu negara? Di samping ingin mengambil tahu tentang isu yang remeh, jangan terlupa pula tentang isu yang lebih besar yang sedang melanda negara kita. Isu remeh ni, orang kata..layankan sajalah..

Nasi Goreng GST atau Isu Negara?

Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N