Smartphone: Samsung Galaxy Note Edge Yang Mengagumkan

Samsung Galaxy Note Edge

Perkembangan teknologi komukasi baru sudah tidak dapat dibendung lagi. Saban hari ada saja barang baru yang akan diumumkan. Terbaru, Samsung Galaxy Note Edge pula bakal menggegarkan dunia komukasi. Nampaknya, persaingan antara syarikat pengeluar telefon pintar semakin hebat. Jika dulu kita mungkin mengagumi teknologi Apple dengan keluaran I-Phone nya, sekarang Samsung juga tidak mahu ketinggalan dalam menunjukkan kepada dunia bahawa mereka juga bukan pengeluar telefon pintar biasa. Walaupun keluaran telefon pintar Samsung boleh dikatakan terlalu banyak di pasaran, namun mereka tetap memiliki peminat yang ramai dan setia.

Tidak lama selepas pengumuman yang ditunggu-tunggu iaitu Samsung Galaxy S5, Galaxy Note 4 selepas Galaxy Note 3, kini Samsung Galaxy Note Edge pula akan menjadi tumpuan. Dengan rekabentuk yang elegan, idea paparan yang melengkung dan skrin yang berlebihan hingga kebahagian tepi memungkinkan telefon pintar itu bakal mendapat sambutan yang hangat. Satu langkah yang bijak dalam kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran sekarang begitu 'lurus' dengan keluaran yang hampir sama setiap penggal. Walaupun daripada syarikat pengeluar yang berbeza namun... sama saja.

Bagaimanapun, adakah telefon pintar ini benar-benar berbaloi? Adakah anda telah memiliki Samsung Galaxy Note II? Galaxy Note 3 atau Galaxy Note 4? Adakah anda akan berubah kepada Galaxy Note Edge? Jawapannya ada dalam penilaian diri anda sendiri. Bagaimanapun, sudah tentu Galaxy Note Edge ada sesuatu yang ditawarkan. Sebagai seorang designer, saya juga pasti ingin memiliki Samsung Galaxy Note Edge ni kerana fungsinya bertepatan dengan gaya saya sebagai seorang designer :). 

Kita lihat dulu Samsung Galaxy Note 3 atau 4. Dengan kelainan yang diberikan seperti kelebihan S-Pen sudah tentu ia sesuatu yang sangat berfungsi kepada mereka yang menggunakannya. Bukan sekadar untuk bergaya! dan kelebihan itu masih ada pada Galaxy Note Edge.

Walaupun saya bukan peminat kepada produk Samsung, namun secara jujurnya saya juga sedang menggunakan telefon pintar Samsung dan saya berpuas hati.


Berminat Dengan Samsung Note Edge ini? 
boleh beli dari Lazada [KLIK DI SINI]

Ciri-Ciri dan Spesifikasi Samsung Galaxy Note Edge yang perlu anda ketahui


General
  • Released date: Released 2014, November
  • Network Bands: 2G
  • SIM: Micro-SIM
  • Dimension: 151.3  x  82.4  x  8.3 mm
  • Weight: 174 g (6.14 oz)
  • Body Type:
    - Fingerprint sensor
    - S Pen stylus
  • OS: Android OS, v4.4.4 (KitKat)
  • CPU: Quad-core 2.7 GHz Krait 450
  • Chipset: Qualcomm Snapdragon 805
  • GPU: Adreno 420
  • Internal: 32/64 GB, 3 GB RAM
  • External Memory: microSD, up to 128 GB
  • Battery: Li-Ion 3000 mAh battery
  • Talk Time: Up to 18 h (3G)
  • Colors: Black, White
Connectivity
  • GPRS: Yes
  • EDGE: Yes
  • 3G Speed: HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE Cat6 300/50 Mbps or Cat4 150/50 Mbps
  • Wi-Fi: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot
  • Bluetooth: v4.1, A2DP, EDR, LE
  • NFC: Yes
  • Infrared Port: Yes
  • USB: microUSB v2.0 (MHL 3 TV-out), USB Host
 Entertainment & Features
  • Sensor: Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer, UV, heart rate, SpO2
  • GPS: Yes, with A-GPS, GLONASS, Beidou
  • Messaging: SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM
  • Radio: No
  • Browser: HTML5
  • Java: Yes, via Java MIDP emulator
  • - Fast battery charging: 60% in 30 min (Quick Charge 2.0)
    - ANT+ support
    - S-Voice natural language commands and dictation
    - Air gestures
    - Dropbox (50 GB cloud storage)
    - Active noise cancellation with dedicated mic
    - MP4/DivX/XviD/WMV/H.264 player
    - MP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
    - Photo/video editor
    - Document viewer
Camera & Video
  • Primary: 16 MP, 3456 x 4608 pixels, optical image stabilization, autofocus, LED flash
  • Secondary: 3.7 MP, 1440p@30fps
  • Video: 2160p@30fps, 1080p@60fps, 720p@120fps, optical stabilization, dual-video rec.
  • Feature: Dual Shot, Simultaneous HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face/smile detection, panorama, HDR
Screen
  • Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
  • 5.6 inches (~77.2% screen-to-body ratio)
  • Multi Touch: Yes
  • Corning Gorilla Glass 3
Sound & Music
  • Alert Types: Vibration; MP3, WAV ringtones
  • Loud Speaker: Voice 72dB / Noise 75dB / Ring 70dB
  • 3.5mm jack: Yes
  • Radio: No
Berminat Dengan Samsung Note Edge ini? 
boleh beli dari Lazada [KLIK DI SINI]

Azizi Yusoff
Architectural Designer
zhur9@yahoo.com


Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N