Masalah kita, lebih gemar kepada perkara-perkara mistik

Masalah kita, lebih gemar kepada perkara-perkara mistik seperti hantu, jin, saka, polong dan yang seumpama dengannya. Dari peringkat kanak-kanak sampailah orang dewasa. Kalau cerita mistik bulat mata yang mendengarnya. Yang bercerita pula penuh semangat dan tersusun pula jalan ceritanya.

Mari kita baca serba sedikit situasi dan contoh kepada situasi tersebut:-

Situasi

1. Sakit.

Apabila didatangi sakit-sakit tidak kira sakit sikit atau banyak, maka perkara pertama yang difikirkannya ialah berkaitan dengan Mistik.

Contohnya:
Apasal aku sakit-sakit tangan ni, aku rasa lain macam la. Macam ada benda 'lain'.
Demam aku ni dah seminggu dah. Biasanya sehari dua je. Aku rasa ada orang dengki dgn aku. Takpun ada 'benda' kacau aku, tak puas hati dengan aku.
Situasi

2. Bunyi-bunyi bising dan Rasa-rasa

Apabila terdengar atau rasa-rasa bunyi-bunyian di belakang atau di dapur atau dibumbung, maka tidak lain yang difikirkan hanya perkara mistik. Dikatakan ada benda kacau, ada benda ikut dari mana-mana, keturunan dan sebagainyalah.

Contohnya:
Tadi aku dengar ada bunyi macam orang alihkan cawan kat dapur. Aku rasa ada benda nak kacau.
Tadi aku rasa lain macam. Rasa berat je kat belakang. Ko tak rasa ke ada benda ngikut kita? 
Ko punya kawan tu ada keturunan yang bela saka ke? Apasal tadi masa korang datang rumah aku ada benda bunyi-bunyi kat bumbung macam kucing cakar-cakar siling ha? 
Situasi

3. Cinta

Apabila ada orang nak kahwin dengan jejaka atau gadis pilihannya, maka dikatanya sudah terkena buatan orang. Dikatakannya juga sudah terkena ilmu hitam. Maka dirujuknya pula kepada bomoh. Tidaklah pula bertanya kepada ustaz.
Kata bomoh: memang dah kena buatan orang. Ada jin yang ikut. Bahaya kalau dibiarkan. 
Kata ustaz: Kalau macam ni memang kena kahwin. Bahaya kalau dibiarkan.
Tapi , percayanya juga olehnya kepada bomoh kerana selari dengan pendapatnya tentang terkena gangguan mistik.

Contohnya:
Ko ni dah terkena buatan orang agaknya. Tiba-tiba je suka dengan dia.  
Situasi

4. Bercerita

Apabila bercerita selalu saja nak cerita hal-hal mistik. Dia diekori 'benda' lain dari belakang masa memandu.
Kadang-kadang, bercerita tentang terlihat kelibat sedang duduk atau berdiri disekitar kawasan dilalui. Ada
juga yang bercerita tentang kisah lama yang menyeramkan. Nampak sesuatu. Bercerita rasa sesuatu yang pelik.

Contohnya:

Masa aku sekolah dulu, aku pernahla nampak kelibat lalu depan aku. Masa tu aku tengah tengok jam. Tiba-tiba ada bayang lalu depan aku. Terus aku tersentap!
Masa aku pergi masjid, aku nampak ada benda tengah tengok aku. Masa tu waktu pagi. Gelap lagi.
Masa aku bawa kereta tadi, ada benda kat belakang kereta. Macam terbang-terbang. 
Tadi masa kat bilik air ada rasa benda lalu kat belakang. Seram betul. Memang betul aku rasa.
Kalau bercakap tentang mistik, seolah-olah dia boleh rasa dan tahu. Bila sesuatu yang pelik terjadi, diceritakan kepada orang lain dengan penuh yakin dan mesti percaya. Semuanya perlu dikaitkan dengan perkara mistik. Demam panas berpanjangan atau sakit-sakit yang lain dari biasa selalu saja hendak dikaitkan dengan hal mistik. Selalu saja membuat agak-agak yang dia sedang dikacau oleh makhluk halus. Tidak pula dia berjumpa doktor atau makan ubat-ubatan.Sedangkan, ada kemungkinan dia sedang mengalami sakit yang belum pernah dilaluinya sebelum ini. Contohnya demam denggi, demam panas. Tetapi, lebih suka mengambil jalan mudah dengan mengatakan dia diganggu atau ada orang dengki dengan dirinya.

Memang tidaklah dinafikan perkara mistik itu, tetapi tidak perlulah semuanya sebab mistik. Sedangkan, contohnya ketika sakit, dia perlu berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan untuk memastikan dia benar-benar sakit atau terkena gangguan.

Kadang-kadang, adalah juga kalau sakit pergi juga jumpa doktor. Apabila doktor atau pakar perubatan memaklumkan dia sedang mengalami demam panas, tidak pula dia percaya. Malah dia pula hendak doktor itu yakin dengan kata-kata dia bahawa dia sedang diganggu oleh makhluk halus.

Bila dia berjumpa dengan bomoh atau saudara atau kawan atau orang kampung yang juga seperti dia suka bercakap tentang mistik, maka dia boleh pula dengar kata-kata mereka dengan bersungguh-sungguh. Penuh penghayatan, yakin, waspada, takut dan sebagainya. Sedangkan mungkin dia hanya mengalami demam panas.

Dia percaya yang kawannya, saudaranya, bomohnya, orang kampungnya itu bercakap benar walaupun ada kemungkinan mereka pun rasa-rasa saja. Tiadalah bukti yang nyata. Maka disuruh pula beramal dengan perkara yang tidak ada pucuk pangkalnya. Yang jauh pula dari ajaran Islam.

Kadang-kadang, lain keadaannya pula. Ada juga yang hanya cerita atau kisah atau pendapat dia saja boleh dipercayai tentang hal-hal mistik. Kalau ada kawan-kawannya atau keluarganya atau saudaranya atau orang lain selainnya (yang pada dia mereka ini hanya orang biasa saja) pun nak cerita hal yang sama, tidaklah pula dia mahu percaya. Tidaklah pula dia mendengar dengan penuh penghayatan. Malah dikatakan pula, hanya mainan perasaan saja. Kalau dia punya cerita, memang betul dan memang dia betul-betul lalui. Memang dia ada kelebihan itu. Hanya orang-orang yang dia betul-betul percaya atau selaras dengannya sahaja yang dia mahu dengar atau percaya.

Masalah kita, lebih gemar kepada perkara-perkara mistik. Pendek kata, sikit-sikit mistik..!

psst: Jangan demam bola musim World Cup 2014 ni pun nak kaitkan dengan Mistik ::kikikiki::

Ditulis oleh

Wong Jowo

Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N