Subscribe by Email

Booking.com

Thursday, April 3, 2014

Isu Semasa: Hilang rasa hormat, Ulama' dihina

Hari ini saya membaca banyak posting-posting sama ada di dalam facebook, twitter mahu juga di blog yang kebanyakkannya agak keterlaluan. Sejak akhir-akhir ni, semakin ramai di kalangan ahli-ahli remaja belia yang sudah celik IT, celik komputer dan sebagainya. Masalahnya ialah, adakalanya kecelikkan itu tidak diletakkan pada kedudukan yang betul. Adakalanya juga agak keterlaluan. Kadang-kadang terlaku bebas bersuara tanpa melihat kesannya pada diri sendiri dan sekelilingnya.

Serangan Terhadap Ulama'

Nampaknya masih ramai lagi dikalangan anak-anak muda tidak tahu bagaimana hendak menghormati ilmuan agama. Apabila saya mengatakan ilmuan agama, mereka terdiri daripada ulama', para guru dan yang seumpama dengannya. Amat sedih melihat dan membaca posting-posting di facebook dan juga di twitter yang begitu berani mengutuk dan mencerca ulama'. 

Beraninya mereka bukan sekadar menegur tetapi lebih dari itu. Apakah yang menyebabkan tindakan ini semakin berani dibuat? Apakah merasakan ilmu itu sudah cukup di dada atau apakah asas ilmu agama itu sudah cukup membuatkan diri mereka hebat dari yang lain atau apakah wujud perasaan benci terhadap ulama'? Apakah kerana berlainan ideologi politik itu yang menjadikan ulama' tidak dihormati malah layak untuk di 'maki'? Ini merupakan satu persoalan bagaimana perkara begini boleh berlaku lebih-lebih lagi kepada generasi muda malah yang 'lama' pun tidak segan silu melaungkan kebencian terhadap ulama'.

Tidak kiralah dari pihak mana sekalipun pun. Mencerca dan menghina ulama' adalah satu perkara yang amat pelik dan menjengkelkan. Ini satu gambaran yang jelas bahawa rasa hormat terhadap ulama' itu sudah semakin menipis. Orang yang berjuang di atas landasan Islam dikatakan sesat. Yang sesat menyimpang pula dikatakan benar.

Salah siapakah sebenarnya? Diri sendiri atau ibu bapa atau orang lain atau adakah salah pemimpin? Atau apakah kerana ideologi politik yang berbeza-beza itu telah mempengaruhi pemikiran mereka untuk terus membenci ulama'? Sebenarnya, walau dimana pun fahaman politik kita apabila ulama' bersuara dan menegur selagi tidak lari dari ajaran Islam sebenar maka wajib dihormati. Adalah suatu yang memalukan apabila kaum dan agama lain boleh menghormati dan menyayangi ulama'  sedangkan yang mengaku dirinya Islam pula mengutuk dan mengeji ulama'. Perkataan seperti "mampus", "pork", "najis", dan yang seumpama dengannya semakin berani dilontarkan terhadap ulama'. Apakah makna Islam disisi mereka? Apakah pula makna ulama' pada pemikiran mereka? Apakah masih tidak dapat mengenal siapakah yang digelar ulama'?

Tahukah anda?

Allah swt yang telah memilih para ulama' dari sekian banyak hamba-Nya, memilih mereka dan menjadikannya sebagai pewaris para Nabi, memuliakan dan memuji mereka dalam kitab-Nya. Allah swt berfirman,

قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
“Katakanlah, apakah sama (antara) orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?” [az-Zumar: 9]
dan Allah swt berfirman,

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلاْمْرِ مِنْكُمْ
“Taatlah kalian kepada Allah, taatlah kalian kepada Rasul dan ulil Amri di antara kalian.” [an-Nisa: 59]

Dan ulil amri, sebagaimana dikatakan oleh para ulama', mereka adalah ulama'. Sebahagian ahli tafsir pula berkata, ulil amri adalah umara (penguasa) dan ulama.

Abu Darda meriwayatkan dari Nabi sallallohu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

فضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب ليلة القدر، العلماء هم ورثة الأنبياء، إن الأنبياء لم يورثوا ديناراً ولا درهم، وإنما ورثوا العلم فمن أخذ به فقد أخذ بحظ وافر
“Keutamaan seorang ‘alim (ahli ilmu) atas seorang ‘abid (ahli ibadah) sebagaimana keutamaan bulan atas segenap bintang pada malam bulan purnama. Para ulama, mereka adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar ataupun dirham, akan tetapi mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, berarti dia telah mengambil bagian yang melimpah.” (Dikeluarkan oleh Abu Daud, at-Tirmidzi dan ad-Darimi)
Al-Hasan berkata,
“Mereka sering berkata, kematian para ulama adalah musibah bagi Islam. Tidak ada yang bisa menutupnya selama siang berganti malam.”
Al-Imam al-Auza’i berkata,
“Manusia (yang sesungguhnya) menurut kami adalah para ulama. Sedangkan selain mereka maka tidak ada apa-apanya.”

Berdasarkan firman Allah SWT dan hadith Nabi S.A.W. tersebut bahawa ulama' itu hendaklah dimuliakan dan dihormati bukan dicaci cerca. Apakah masih belum dapat membezakan siapakah  ulama'?

Dengan mudah kita melabel ulama' yang berlainan ideologi politiknya sebagai sesat. Menggelar dengan pelbagai gelaran.

Saya teringat sewaktu di zaman sekolah dulu. Kalau ustaz masuk kelas saja semua diam seribu bahasa. Bunyi kasut pun semua lari dan duduk senyap. Tetapi sekarang bagaimana? Ustaz dipukul, guru ditendang. Jika ada saja yang tidak kena terus lapor pada polis. Apakah ulama' ini adalah orang yang patut dibenci? Apakah mereka dibenci kerana akan hilang kebebasan untuk melakukan perkara-perkara maksiat? 

Mengaku sebagai Islam dan di dalam I/C juga tertera perkataan Islam. Kalau tentang makanan nombor satu hebatnya. Cakap saja 'BABI' masing-masing terlompat dan terkejut. Cepat-cepat post di facebook, akhbar dan buat aduan. Haram dan jijik terhadap 'BABI'. Tetapi hakikatnya tindak tanduk kita tidak melambangkan diri sebagai seorang yang beragama Islam. Haram keatas 'Babi' itu adalah simbolik kepada perkara-perkara haram yang lain. 

Hairan juga apabila ada yang tergamak memperlekeh dan menghina ulama'. Sudah tentu ulama' itu ilmu agamanya tinggi, pengetahuan dan kefahamannya tentang agama sangat tinggi. Berbanding pula dengan kita yang mungkin baru kenal alif ba ta tetapi sombongnya mengalahkan mereka yang bergelar ulama'. Sedangkan apabila sesuatu itu melibatkan bab hukum-hakam, semuanya melutut dan bertumpu kepada ulama'. Semuanya tertunggu-tunggu jawapan daripada ulama' akan tetapi apabila ulama' memberikan jawapan, dipertikaikan pula kerana tidak menepati cita rasa dan selera mereka. Dan keluarlah dari mulut mereka bahawa ulama' itu sesat.

Menyebar Fitnah

Menyebar fitnah sudah menjadi darah daging mereka. Sama ada sedar atau tidak mereka telah melakukan fitnah terhadap golongan ulama'. Nampaknya, kecanggihan teknologi itu tidak dapat digunakan untuk membantu kepada perjuangan Islam tetapi telah digunakan untuk menjatuhkan Islam. Yang melakukan itu pula orang Islam!

Jika kita lihat di internet terdapat banyak gambar berunsur fitnah terhadap ulama'. Orang kita juga... Busuknya hati mereka apabila gambar-gambar ulama' diubahsuai dengan gambar lain untuk tujuan melemparkan fitnah. Kenapa ya? sehingga seolah-olah 'seronok' melakukan perkara seperti itu?

Sedihnya hati ini apabila orang yang digelar ulama' dijadikan bahan jenaka, bahan fitnah dan paling dahsyat mengaitkan dengan perkara-perkara lucah. Ada pula yang gembira dengan fitnah seperti itu. Nampak sesuatu yang pelik dan tanpa usul periksa terus mendedahkannya di dalam facebook, twitter dan di internet. Pelbagai spekulasi dan tohmahan dibuat. Yang melihat juga tidak kurang sama memberi cacian, membuat fitnah serta menokok tambah.

Hadith Rasulullah S.A.W.
Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah akan kesalahannya”

(Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.)

Jika kekurangan ilmu, yang terbaik adalah diam. Melihat sesuatu amalan yang pelik walaupun sebenarnya tidaklah pelik tetapi oleh kerana tidak mempunyai pengetahuan dan tidak faham maka mereka terus saja melemparkan gelaran sesat dan juga gelaran-gelaran yang lain tanpa bertanya dan membuat usul periksa kepada yang lebih arif.

Adakah kerana sudah tahu membaca dan mengetahui sesuatu perkara serba sikit sudah boleh membuat cacian dan tuduhan fitnah? Malah kesan daripada tuduhan itu boleh membawa kepada syak wasangka. Ada yang cuba berhujah dengan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti tentang sesuatu itu. Sebagai contoh yang selalu kita dengar:-
"Eh, boleh ke macam tu, bukan ke dalam Al-Quran kata tak boleh ke?"
"Islam ajar macam tu ke? tak silap akula dalam al-quran kata tak boleh, macam sesat je" 

Jika anda sendiri tidak pasti, jangan lah cuba untuk mempersoalkan, memperlekehkan dan mengatakan sesat. Kalau anda sendiri tidak pasti apa yang terkandung di dalam Al-Quran, jangan lah cuba mengaitkan dengan Al-Quran kerana anda sedang mencipta fitnah. Sebaliknya rujuklah kepada mereka yang lebih arif dan faham tentang agama agar kita tidak tersesat jalan.

Kesan

Apabila ulama' tidak lagi dihormati, maka lahirlah generasi-generasi yang rosak akhlaknya, yang sombong, yang tidak tahu bagaimana mahu menghormati ulama'. Akibatnya, ramai yang akan terpesong dan tidak tahu menilai yang mana buruk dan yang mana baik.

Bermuhasabah 


Manusia memang tidak terlepas melakukan kesalahan tetapi jangan gunakan ia sebagai alasan untuk terus melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap diri sendiri dan orang lain.

Hormatilah mereka yang bergelar Ulama'. Hormatilah mereka yang hendak membawa kita ke arah yang lebih baik. Hormatilah mereka yang lebih tua dan banyak pengalaman. Jauhkan dari membuat pelbagai cacian dan fitnah terhadap ulama' kerana perbuatan anda itu mendorong anda ke arah kebinasaan.

Hebatkah kita jika dibandingkan dengan mereka? Jika hebat mengapa tidak kita berada di hadapan untuk membawa kebenaran seperti mereka yang memperjuangkan agama dan menegakkan kebenaran. Mengapakah kita sanggup menghina dan menyebarkan fitnah terhadap ulama'? 

Jika mereka sesat, buktikan yang mereka sesat. Apa yang menyebabkan mereka salah pada pandangan mata anda. Jika tidak, anda telah meletakkan diri anda dalam bahaya. Kalau makna sesat pun kita masih belum  dapat difahami, bagaimana pula kita boleh menyesatkan orang-orang yang berilmu?

Perbaikilah diri sementara masih berpeluang. Berhati-hati di dalam setiap tindak tanduk dan tutur kata. Kembali lah kepada kebenaran, ingatlah Allah agar tidak jauh menyimpang dan jauh dari rahmat Allah swt.

Allah Swt. berfirman:


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).  (Surah Ali Imran : Ayat 135)
Semoga kita diampunkan oleh Allah swt.

Azizi Yusoff
Architectural Designer
zhur9@yahoo.com

About Me

My photo
Hi. Saya Azizi Yusoff. Saya menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek. Menyediakan rekabentuk rumah, bangunan, rekabentuk dalaman, membuat pelan bangunan baru, ubahsuai dan rekaan dalaman. Saya juga menyediakan perkhidmatan sehingga urusan permohonan kelulusan pelan kepada. Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya atau layari www.dzcreation.com.my

Labels

3d 3d sketchup adapter Al-Quran Android android update Apa itu tone excel architect designer Architecture architecture services arkitek Asus asyik-asyik mistik autocad beli pelan banglo beli pelan rumah Bisnes buat bisnes dengan tone excel buat duit buat duit raya Buat duit raya tanpa modal cara menyertai tone excel Cars Cerita cerita mistik Clixsense computer Computer n Technology Coretan daftar Dakwah Design dragonfly facebook faile to updated fix ganjaran istimewa tone excel green architecture green building guru Hadith dan Sunnah insufficient storage application Islam Islam dan Sains istidraj Isu dan Ehwal Semasa Jalan-Jalan jana duit jana duit modal sikit jana duitr dengan toneExpress jana pendapatan jana pendapatan dengan tone excel jana pendapatan dengan tonexpress Johor Bharu Karya Kata Hikmah Kereta Koleksi Video Nasyid komputer lenovo Lukis Lukisan Maher Zain masalah kita metabolic mistik nak beli pelan rumah nasihat New York City Notebook Pablo Picasso Pasir Gudang pelan banglo pelan bangunan pelan rumah Pelukis pelukis pelan pelukis pelan rumah Pelukis Terkenal pendapat Percutian perisian perkhidmatan arkitek perkhidmatan pelukis pelan Picasso produktif Promotions raya tahun ni respect Review Samsung Samsung baru Samsung Galaxy Samsung Galaxy Note Edge Samsung terkini Sejarah senibina Sifat Tercela sikit-sikit mistik Simkad ToneExcel sketchup smartphone Software sony problem suka mistik sungai dalam laut sustainable talkin Tazkirah tazkirah pagi tazkirah ringkas tidak produktif tl-wn727n Tone Excel ToneExcel tp-link tp-link wifi adapter tplink Travel Tune Talk Tone Excel ulama' Ultrabook Umum wifi Wifi adapter xperia