Bersangka Buruk .."Ala..Apa la nak dilayan sangat perasaan Buruk ni"..


Bersangka Buruk .."Ala..Apa la nak dilayan sangat perasaan Buruk ni"..

Bersangka buruk memang ada dalam diri kita. Setiap hari mungkin ada sangkaan buruk yg kita lakukan. Kenapa anda bersangka buruk? 

Mungkin anda rasa puas bila bersangka buruk pada orang lain. 
Mungkin juga anda rasa suka nak bergaduh, nak rasa bekeng dengan orang dan macam-macam lagi.

Merasa seperti itu memang sering berlaku dalam diri. Bila nampak orang potong kereta kita laju2 kita kata dia nak eksyen je dgn kita. 

Bila dia press kereta kuat-kuat, kita kata dia saje nak tunjuk kereta dia best. 

Bila ada orang kaya, kita kata dia tipu. 

Bila ada orang lain banyak projek kita kata, bodek kuat je tu . 

Tapi kita jarang nk positifkan diri kita. Kadang2 dengan kawan baik pun kita boleh bersangka buruk. Kalau kawan baik kita ada sesuatu yang bagus, yang tak mahu dikongsikan, kita rasa dia khianati kita. Sedangkan cuba tanya diri kita, apa yang kita nak tahu sangat apa 
yang kawan kita buat tu? Apa kaitannya kita dengan dia yang cuba merahsiakan sesuatu. Bila ada kawan2 kita senang, kita kata mereka ada apa-apa tak nak share dengan kita. 

Macam-macam kita fikir sehingga kita rasa kita perlu buat macam tu juga. Apabila ada sesuatu yang kita dpt yg best2 tak payah ckp dengan kawan kita tu. Kita update je kat facebook dengan rasa harapan supaya kawan tu pun merasa dengki dengan kita. 


Kita selalu 'rasa'. Kalau borak tentang orang lain, atau fikirkan pasal orang lain, mesti ada perkataan 'rasa' atau 'rasa-rasa' atau 'rasanya' atau 'kot'. 

Contohnya: 

.."aku rasa dia nak menunjuk dengan kita"..

.."dia cakap eksyen dengan aku, aku rasa dia nak tunjuk bagus kot"..

.."rasanya dia nak tahu apa yang kita buat sebab tu dia mcm tiba2 tanya kabar kita"..

.."rasa-rasa la kan dia tu tak puas hati dengan kita, ntah-ntah dia nak komisyen jugak kot"..

.."aku rasa la kot, cerita sebenar tak tau la kan?".. 

Semuanya rasa je. Bukti takda. Kalau taktahu cerita diam saja la. Ini antara punca kenapa kita rasa sangka buruk. Kenapa perasaan sangka buruk tu wujud walau dengan kawan baik sekalipun. 


Atasinya:

Telefon dan bercakap dengan kawan anda tu. Dengar suara kawan anda. Tanya khabar. Bercakap baik-baik dengannya. Pasti perasaan sangka buruk itu akan lenyap. Semuanya akan jadi baik. 

Anda rasa dia begini begini begini, tapi itukan perasaan anda sahaja. Cubala tanya sendiri, sms ke, call ke, email ke, chatting ke. Kadang2, apabila kita dengar suara rakan kita, dengar pulak dia cakap elok je dengan kita, kita akan berlembut hati pula. Segala sangka buruk kita hilang begitu saja. Tiba-tiba pula kita nak puji semula dia dengan perkataan yg mudah (dia ok je rupanya).

kalau dia bukan kawan anda, senyum padanya. Kita kata dia masam je dengan kita. Ntah-ntah dia pun fikir kita tak mahu senyum padanya. Apa kata kita senyum saje ke dia. Dia pun balas senyum kita. Masa tu semua perasaan buruk, segala sumpah seranah dalam hati akan lenyap.

Kalau kita tak kenal pun, potong kereta ke, potong lampu isyarat ke, kita cakap dlm hati, dia nak sembahyang tu. Dia nak gi toilet tu. Anaknya sakit tu. ooo..Maknya sakit. Dengan serta merta hati anda menjadi lembut. Tenang. Sabar. 

Jangan dilihat keburukan orang, tapi lihat keburukan diri sendiri. Buang rasa hebat bangga diri. Insya Allah barulah kita rasa rendah diri. Barulah tau tinggi langit dengan bumi.  

Banyak lagi boleh buat. Dengan Syarat "POSITIF" kan diri.



.."Ala..Apa la nak dilayan sangat perasaan Buruk ni"..

* SENYUM PAGI * B-)


Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N