Jangan Tinggal Sembahyang ya.. ^_^

SUBUH

SUBUUUUUUUUUUUUUUH!!!!!!!!!!!!! hehe dah tak reti nak bangun solat ke?  kamu dah bangun time azan tadi patutnya kamu terus bangun bersihkan badan, wudhu’ pastu solat? tapi  kenapa taknak bangun? kenapa kamu sambung tidur? sedar2 dah jam 8 pagi.. sedar2 dah masuk waktu syuruk… waktu itu barulah kamu kelam kabut nak ambil wudhu’ dan sembahyang. Tula akibatnya kalau suka bertangguh menunaikan solat!!! itu boleh tahan lagi..ada la juga rasa hendak menunaikan sembahyang.. tapi disebabkan terlalu suka bertangguh..akibatnya waktu Subuh habis begitu saja.

Ada juga yang sudah bangun waktu SUBUH, bila tengok jam baru pukul 6 pagi, dia pun tidur semula sebab masih awal lagi..kerja pukul 8.30..kelas pukul 8.30..pukul 7.30 baru set nak bangun. Solat jangan cerita la.. dia memang tak terpikir pun nak buat.. dia lebih pentingkan waktu kelas..waktu kerja..tapi sembahyang???? mana pergi??? bangun saja dari tidur.. bersihkan badan..bersiap-siap nak ke kelas..nak ke tempat kerja.. bergaya…hati pun senang lenang..alahai…solat entah ke mana.. ~~

ZOHOR

Pukul 1 pm, kelas pun habis..waktu rehat kerja...singgah ke tempat makan.. yerla.. kalau rasa nak makan..makan la dulu.. lepas makan kalau sudah masuk zohor..solat la pulak.. tapi kamu?? balik je terus tidur, takpun berehat…masuk semula kelas atau pun kerja mungkin jam 2.30 petang. Masih sempat lagi kalau tidur dulu sampai pukul 2 petang…sudah puas berehat kamu pun siap-siap hendak pergi kerja…hendak ke kelas. Sembahyang tak buat!? jangan-jangan kamu langsung tidak terfikir hendak sembahyang zohor dulu.
Kalau jenis yang tak keluar rehat pula, sibuk sangat buat kerja, hendak siapkan kerja atau apa-apa saja…bagus..tapi sembahyangnya tak dibuat juga. Kalau dah masuk waktu tu sembahyang jela dulu.. bukan lama sangat pun..bukannya sampai satu jam.. sampai habis waktu rehat pun kamu masih tak berenti buat kerja untuk tunaikan sembahyang…ambil masa sikit untuk sembahyang tu pun payah sangat nak buat? ^_^


‘ASAR

Waktu ni jangan cerita la.. habis saja kerja, habis saja kelas..masing-masing balik ke rumah atau asrama. Ada yang tidur, ada juga yang bersukan. bagusla kamu bersukan untuk menyehatkan badan.. tetapi timbul persoalan, kenapa kamu boleh bersiap-siap untuk bersukan, main pula sampai ke senja, sedangkan sembahyang Asar yang bukannya sampai 10 minit langsung kamu taknak buat. Kamu marahkan kawan-kawan kamu yang tak besenam macam kamu, tetapi kamu sendiri sembahyang entah ke mana..

MAGHRIB

Dah magrib ni.. dah tak tahu nak balik sembahyang agaknya.. kalau yang bersukan tu main sampai tak ingat apa dah. orang dah azan Maghrib tapi kamu masih lagi berlari sana sini, kejar bola sana sini, bukan main lagi kamu yer…bersungguh-sungguh ^_^

Ada pula tu yang bila dah masuk saja waktu Maghrib, boleh pula keluar makan di kedai berdekatan. “jom makan” ajak kawan lagi. org tengah azanla. kenapa tak sembahyang saja dulu. Kemudian baru la pergi makan. Tapi kamu tidak.. yang kamu fikir makan kejap saja..tak sampai pun 10 minit. Ada masa lagi. Lepas tu baru sembahyang…yeke tu? ^_^

Ada yang dudu~~k saja kat kedai makan menuggu makanan sedangkan azan tengah berkumandang. Dia tahu kedai tu sangat lambat masak. Org Azan buat tak tahu saja. Hisap rokok. Mengumpat kawan. Mungkin kamu dah pun sampai kedai tu awal tak lama lepas tu masuk waktu, makanan pun tak sampai-sampai lagi, apalah salahnya kamu sembahyang saja dulu sementara makanan siap. Kejap saja sembahyang tu. Bukan lama, tapi kamu lebih sanggup tuggu lama-lama di meja makan, termenung sesama sendiri hehe, main henset heh, bermesej awek dan awek-awek kesayangan kamu, calling2 awek dan awek2. bermesej-mesej dan bercalling2 dengan teman lelaki kesayangan kamu. jangan-jangan awek kamu tanya dah sembahyang ke belum kamu pun jawab “dah!”… cet!! hehe.. kalau time tu kamu tengah dating lagi la hancus.. hehe

‘ISYA’

Haa. Yang ni dah la tggu makanan lama sangat. Kamu pun balik rumah, balik bilik, dan balik asrama, berehat sekejap. Sembahyang Maghrib tadi tak payah cerita la. Memang tak dibuat dah. Alasan, dah Isya' hehe.. alasan lain, dah hujung waktu pula, haram sembahyang katanya.. hehe.. Dah tahu tu takda pula terasa nak qadha’, atau bergegas nak sembahyang, atau terasa bersalah kerana meninggalkan sembahyang. Hehe.. takda rasa apa-apa.. "relax la bro" hehe

lepas rehat-rehat sambil tonton tv dan membesarkan perut, kamu pun bersiap nak buat kerja. Mungkin kerja pejabat atau kerja-kerja kelas yang macam assignment ke presentation ke atau apa-apa saja lah. kamu memang bagus tak suka tangguh-tangguh untuk siapkan kerja. Kerja mesti on-time. Barula jadi insan cemerlang hehehe.. kamu punya komitmen dgn kerja sememangnya bagus. Bila dah buat kerja memang tak ingat lain dah, tekun. Kadang-kadang sampai tak tidur malam kerana terlalu sibuk dengan kerja, ulangkaji. Sanggup sehari tak tidur semata-mata nak siapkan kerja.

Tapi sayang seribu kali sayang (bak kata Zainal Rahman pengulas radio bola sepak Selangor) kamu buat kerja on-time memang bagus. Kamu buat assignment dengan segera memang bagus. Kamu tekun buat kerja memang bagus. Kamu sanggup tak tidur malam buat kerja memang bagus. Semuanya yang berkaitan dengan  kerja kamu memang bagus tetapi bila kamu tak sembahyang semua tu jadi sia-sia belaka. Isya’ tu masanya lama. Selagi belum terbit fajar sodiq kamu masih boleh sembahyang Isya’. Tapi, kenapa yer? ^_^ Kenapa kamu tak sanggup nak buat sembahyang Isya’ walaupun hanya 5-10 minit saja. Kenapa kamu berat sangat nak sembahnyang Isya’ yang cuma 4 rakaat. Kenapa yer kamu lebih sanggup buat kerja sampi tak tidur malam sedangkan sembahyang Isya’ kamu tak nak buat langsung.

Kalau yang takda kerja pula, entah apa la yang dibuatnya malam-malam. Bila mata sudah mengantuk kamu terus tidur tanpa sembahyang Isya’ terlebih dahulu. Bila ditanya kenapa tak sembahyang dulu? Kononnya sunat melewatkan Isya’ sekali boleh buat dengan tahajjud. Okay lah. tapi nampaknya kamu tak buat pun malah kamu terus tidur dan bangun pula? he he he he macam biasa la,  "DAH TERANG BENDERANG". hehe ISYA’ TERLEPAS, SUBUH ENTAH KE MANA..ALAHAI…. ^_^ hehe


SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

Firman Allah Taala dalam surah An-Nisa’ ayat 103:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا – 103

“Sesungguhnya sembahnyang itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.”

SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB, ISYA’.

Lima waktu saja tetapi kenapa itu pun payah sgt kamu nak buat? hehe .. kerja2 assignment atau kerja2 projek kamu boleh buat, boleh siapkan ikut masa, tapi sembahyang kamu macam mana? di mana sembahyang kamu? kamu ngaku sebagai Muslim, kamu mengaku sebagai Mukmin. tapi SEMBAHYANG MANA? hehe.  siapa bagi kamu kerja dan siapa pula yang perintahkan sembahyang? kenapa arahan boss kamu boleh siapkan dengan bersungguh-sungguh, on-time, tapi sembahyang yang diperintah oleh Allah tu kamu tak sanggup malah tak ambil berat langsung. Atau sebenarnya kamu buat-buat tak pandai sembahyang. satu lagi, ada juga yang tak ‘mandi’ lagi dijadikan alasan untuk tak sembahyang. Ceh~~ hehe pandai ya kamu..

ANTARA WAKTU KERJA / WAKTU KELAS DENGAN WAKTU SOLAT.

Kamu ni lebih takut kalau kena marahkan lecturer sbb masuk kelas lambat. kamu takut kalau kerja tak siap kena marah dgn boss. Tapi kamu tak takut tinggalkan sembahyang.kamu tak takut dimarahi dan dimurkai oleh ALLAH. Kamu lebih tepati masa kelas atau kerja tapi kamu tak tepati waktu sembahyang. Kamu kata “ AKU NI JENIS PUNCTUAL DGN MASA.” , “ AKU NI PANTANG KALAU TAK PUNCTUAL DGN MASA.” hmmm hehe

Waktu sembahyang tak pula kamu tepati. Kamu kelihatannya lebih rela tinggalkan waktu sembahyang. kamu lupa……….. ALLAH MENCIPTAKAN MANUSIA. ALLAH MEMERINTAHKAN MANUSIA BERIMAN UTK SOLAT. TAPI KAMU ANGGAP MUDAH MALAH KAMU MEMANDANG ENTENG SEGALA PERINTAH DAN SURUHAN ALLAH DAN KAMU MELANGGAR LARANGAN-NYA.


Akhir sekali, kembalilah kepada Allah. Marilah kita renungi diri. di mana diri kita. kalau tak pernah sembahyang, Sembahyang lah. Jangan tunggu orang nak panggil baru nak buat..terus bergerak…terus bertindak!.

APA GUNA HEBAT DALAM KERJA, HEBAT DALAM PELAJARAN TAPI SEMBAHYANG DITINGGALKAN. LEBIH CANTIK KALAU HEBAT DALAM KERJA DAN PELAJARAN DAN DALAM MASA YG SAMA MENJAGA SEMBAHYANG.

peace!! ^_^ hehe


Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N