Apakah dia tidak dikira derhaka?


“Aduii…. lambat lagi… aku rasa ni dah kali ke 5 kita lambat masuk kelas. Dah lah jauh, jalan kaki pulak… huh..penat gila…aku rasa nak bawak keretala… cepat sikit nak ke kelas.” kata Suffian kepada 2 orang rakannya. Kebetulan mereka bertiga rakan sebilik.  “Mak aku ada dua kereta. Satu mak aku guna, satu lagi yang kereta kancil tu pakcik aku guna. Aku rasa kalau aku mintak kat mak aku, boleh dapat kot.” Sambungnya lagi.
“Ok jugak tu, takdala penat nak ke kelas… ni kita dah macam mendaki gunung…” celah 2 orang rakannya, Azli dan Azizan.
Masuk saja ke kelas, mereka bertiga dimarahi oleh pensyarah, En. Imran. Lewat lagi. Mana taknya, ni dah masuk kali ke 5 dia dtg lewat ke kelas En. Imran. Lambat pula lebih setengah jam. Kalau 5-10 minit tu takpelah jugak. Kerana mereka bertiga, habis satu kelas kena ceramah. Dekat sejam jugak kena bebel.
Habis saja kelas, Suffian merungut bersama rakan-rakannya, sudahlah penat, kena marah pulak. Akhirnya, Suffian membuat keputusan untuk meminjam kereta kancil ibunya. “Mak…mak sihat? Pian nak pinjam kereta kancil makla..boleh tak? Pian nak buat gi kelas. Jalan kaki ni asyik lambat masuk kelas. Nak buat keje kat kelas pun susah…yerla…jauh kena jalan kaki.” 
“tunggula dulu, kereta kancil tu pakcik Hamdan tengah guna. Tunggula sementara dia nak beli kereta baru bulan depan.” Jawab ibunya. “kalau mcm tu, okla mak. Nanti mak tolong bagitau kat pakcik Hamdan yer..Pian kena guna jugak kereta tu.”
Setelah menghubungi ibunya, Pian sedikit lega kerana ibunya dah bagi ’lampu hijau’. Hubungan Pian dengan ibunya memang baik. Rapat. Pian pun memang anak yang baik. Belum pernah dia mengherdik atau menegking ibunya. Kalau mintak apa-apa pun mudah. Takda masalah. Cuma pasal kereta ni dia terpaksa tunggu sampai bulan depan. Tak pelah, buat masa ni jer jalan kaki, lepas ni dah ada kereta senangla…takdela dia penat mcm sekarang. Kena naik bukit.
Seminggu berlalu, Pian tak dapat menahan kehendaknya untuk memakai kereta kancil ibunya. Ini kerana, dia sering lewat ke kelas. Rakan-rakan sebilik pun dah bertanya. Suffian pun ada kekasih hati. Alangkah senangnya nak berjalan-jalan dan bersiar-siar. Suffian mula memasang angan-angan. Dia pun terus mencapai telefon bimbit dan terus menghubungi ibunya. “ Mak, kereta tu boleh tak dapat dalam minggu ni? Sekarang pian dah banyak kerjala mak. Nak buat kerja kat kelas. Kalau kat bilik susah nak buat kerja. Ada kereta senang sikit nak gerak ke kelas.” Rayu Suffian pada ibunya.
“yerlah…nanti mak tanya pakcik Hamdan. Dia pun katanya dah nak dapat kereta baru minggu ni.” Jawab ibunya pada anak kesayanyannya itu. Mendengarkan jawapan ibunya itu, Pian bukan main gembira. Ini kerana, dia akan diberi pinjam kereta kancil milik ibunya. Oleh kerana terlalu tidak sabar, Suffian sering menghubungi ibunya bertanyakan hal kereta kancil yang akan dipinjamkan itu.
Disebabkan sayang dan kasihankan Suffian, maka ibunya terpaksa menghubungi pakcik Hamdan supaya kereta kancil dipulangkan kepadanya. Oleh kerana pakcik Hamdan masih belum dapat kereta barunya, maka ibu Suffian terpaksa berkorban dengan meminjamkan kereta yang sedang dipakainya kepada pakcik Hamdan. “Takpalah Dan, kau guna dulu kereta akak, akak boleh tumpang suami akak pergi kerja. Kesian kat Pian, katanya nak ke kelas pun susah.” kata ibu Suffian kepada Pakcik Hamdan.
Pada minggu ketiga, Suffian pulang ke kampong untuk mendapatkan kereta kancil yang dijanjikan ibunya. Kunci kereta diberi dan ibunya menasihatkan Suffian agar menggunakan kereta tu untuk belajar, senang nak ke kelas, hati-hati dan belajar dengan lebih semangat. Suffian pun mengiyakan kata-kata ibunya dengan senyuman. Sebelum pulang semula ke kolej, Suffian berjanji akan menggunakan kereta sebaiknya. Suffian mencium tangan ibunya dan terus menghidupkan enjin kereta untuk pulang ke kolejnya.
Esoknya…hari Isnin. Suffian mengajak rakan biliknya ke kelas dengan menaiki kereta kancil yang baru dibawanya dari kampong. Memang awal. Pensyarah memujinya kerana datang 5 minit lebih awal dari waktu kelas bermula. Ini bermakna, selama ni Suffian bukan sengaja untuk datang lewat. Memang benarlah takda kereta memang susah nak datang awal ke kelas. Suffian dah buktikan. Namun, semua ni cuma dapat bertahan seminggu jer. Lepas tu, keadaannya makin parah. Semakin malas nak datang awal ke kelas. Kelas mula pukul 9 pagi, tapi pukul 8.50 masih belum siap-siap nak ke kelas. Mungkin ada kereta, Suffian merasakan datang lewat sikit pun tak apa. Naik kereta tak sampai 5 minit pun, kalau nak dibandingkan dengan jalan kaki lebih 15 minit. Penat pulak tu. Oleh kerana Suffian masih berbaring,belum mandi, baju pulak belum gosok, rakan-rakannya yang telah siap terpaksa mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja. Takpelah penat sikit jer. Kalau nak tunggu pun entah berapa lama dia nak bersiap.
Tepat jam 9.30, Suffian masih belum sampai. Rakan biliknya dah sampai jam 9.05 minit tadi. “Lewat sikit takpa. Jangan lewat sangat!!!” marah pensyarahnya. Tepat jam 9.50 pagi, Suffian masuk kelas. Masuk saja kelas, Suffian tidak dibenarkan oleh pensyarah untuk masuk ke kelas. “Balik!!" kelas saya dah nak habis, awak baru sampai!!!” herdik En.Imran kepada Suffian. Malunya Suffian pagi tu. Semua rakan kelas memandang tepat ke arahnya. “ eh, dia bukan dah ada kereta ke? tula, masa takde kereta asyik merungut jer. Lambatla, penatla, susah nak ke kelas la. Awal-awal je rajin datang awal.” bisik rakan-rakan kelasnya yang lain.
Suffian pun balik semula ke asrama dengan hampa dan malu. Dalam perjalanan pulang ke asrama, dia merungut, memekik dalam kereta kerana bengang terhadap pensyarahnya tadi. Macam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Yerlah, kena marah dengan pensyarah depan rakan-rakannya sebab lambat masuk ke kelas. Suffian berdendam terhadap pensyarahnya.
Sebelum sampai ke asrama, Suffian menghantar SMS kepada kekasihnya. “yang, kat mane? dah habis kelas? kita keluar makan nak?”
“baru jer habis… tau-tau jer abang… boleh jugak… abang? dah habis kelas ke belum ni?” Jawab kekasihnya, Diana. “abang baru habis gak, lecturer masuk kejap je tadi… ala biasala… dahla lecturer masuk lambat, pastu ajar sikit jer… curik tulang la tu…huh. Nanti abang ambik sayang kat depan asrama, ok?” Suffian membalas SMS kekasihnya.
Depan asrama, Diana telah terpacak menunggu Suffian. Senyuman manis Diana sedikit membuatkan hati Suffian lega. Maklumlah, baru kena marah dengan pensyarah. Dapat tengok senyuman orang cantik terubat sikit luka hati tu. Mereka pun keluar makan, berjalan-jalan sekitar bandar. Shopping, tengok wayang.
Dalam perjalanan pulang, ketika Suffian hendak menukar gear, tiba-tiba tangannya tersentuh tangan Diana. “ops! Sorry…” dalam hatinya…huhu..lembutnya tangan… Diana senyum manja. “hmm… alang-alang dah tersentuh…..” kata Suffian pada Diana sambil tangannya memegang tangan Diana. Diana hanya tersenyum. “ Ala, bukan apa pun… pegang-pegang tangan jer..” lirih Suffian sambil diiyakan oleh Diana. Tak lama. Mereka pun sampai asrama. Suffian hantar Diana dulu.
Jam 11 malam. Suffian masuk ke biliknya. Dua orang rakan biliknya memandang ke arah Suffian penuh kehairanan. “ ko ke mana tadi, Pian? kul 11 baru balik? ” tanya Azli. “keluar jap. Jumpa kawan kat Bandar tadi” jawab Suffian.
Rakan-rakannya dapat meng-agak. Dengan siapa Suffian keluar. “Jan, ko tengok tu, ada kereta pegi dating la, kelas datang lambat, masa takda kereta, merungut lambatlah, penatlah, susah nak ke kelas lah.. rupa-rupanya ada niat lain. Berdating.” bisik Azli kepada Azizan. Suffian terus baring. Tangan masih bermain SMS. Entah dengan siapa. Mungkin Diana.
Perubahan pada diri Suffian berterusan. Suffian hanya pandai bercakap, malah menasihatkan rakan biliknya supaya rajin ke kelas, buat kerja di kelas. tapi malang. Dia sendiri tak buat apa yang dia cakap. Pandai cakap jelah.

Apakah Suffian tidak menderhaka pada ibunya? Suffian di katakan tak pernah mengherdik apalagi menengking ibunya. Suffian memang seorang yang sopan santun. Baik bicara. Tidak pernah meninggi suara. Tapi, apakah kelakuan Suffian ni, tak menggambarkan yang dia sebenarnya menderhaka??
Pertama: Ibunya berharap Suffian akan dapat datang awal ke kelas setelah mendapat kereta.
                TAPI, Suffian tetap lambat ke kelas. Malah pernah beberapa kali ponteng kelas.
Kedua: Ibunya berharap Suffian akan lebih rajin buat kerja-kerja / assignmentnya di kelas.
             TAPI, Suffian sejak ada kereta tak pernah ke kelas untuk buat kerja / Assgnment.
Ketiga: Suffian lupa, ibunya pernah menasihatkannya supaya tumpukan kepada pelajaran. Jangan
             buat perkara tak senonoh ( bercinta-cinta, couple dan lain-lain)
             TAPI, Suffian memang dah ada kekasih. Malah sejak ada kereta, mereka kerap keluar berdua.
Keempat: Sudahlah berbohong, ditambah pulak dengan dosa memegang orang bukan mahramnya.
Kesian ibunya, disangkakan anaknya makin rajin belajar, rupa-rupaya lain jadinya.Sebenarnya, dia nak sangat kereta sebab nak keluar berdating dengan kekasihnya.
* Sama juga keadaan bila mana ada seorang pemuda yang belum berkahwin, tutur katanya memang baik, lembut, sopan, sentiasa mengukir senyuman. Tidak kira dengan siapa pun. Dengan kekasihnya, dia  tak pernah meninggikan suara, memukul atau marah. Kekasihnya sering memujinya kerana dia seorang yang baik hati, penyayang, sopan, dan lemah lembut.
Dengan kekasihnya, dia sentiasa membelai dengan penuh kasih sayang. Kalau kekasihnya menangis, dialah yang akan lapkan air mata kekasihnya. Memegang tangan kekasihnya sambil memberi kata-kata semangat. Apakah ini dikatakan baik? memegang orang yang bukan mahramnya? 

Comments

marha90 said…
Subhanallah...nauzubillahi min zalik
...ya Allah jauhkan ku dari kemungkaran..jauhkanku dari tipu dusta..jauhkan ku dr kata bersifat munafik...
amin ya rabb..
WaNis ErWan said…
pada pendapatku..perbuatan suffian itu bisa dikira sebagai durhaka..
Anonymous said…
saya musykil sikit pasal makna derhaka, jika ibu kita tak tahu yang kita ponteng sekolah, adakah itu dikira derhaka? Kerana hati ibu kita tak sakit sebab dia tak tahu?

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N