7 Larangan Allah S.W.T

sumber: iluvislam.com

i) Bahaya Pandang Memandang

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (menundukkan atau menahan pandangan) ......"(Surah An Nur : Ayat 31)

Buraidah .a. berkata: Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali .a. : "Ya Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan dengan satu pandangan yang kedua, kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja (terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua." (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Turmudzy dan Al Hakim)

ii) Bertemu Muka Sendirian

Rasulullah SAW telah bersabda : 
 
"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan."(Riwayat Imam Ahmad dari Jabir .a.)

"Janganlah seorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya, kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan, kecuali jika dengan mahram." (Riwayat Imam Ahmad dari Amir bin Rabie'ah .a.).

iii) Berjabat Tangan

Aisyah .a. berkata: 
 
"Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai'at @ memujuk mereka itu dengan percakapan."
(Riwayat Imam-Imam Bukhari, Muslim dan Turmudzy).

iv) Pakaian Di Luar Rumah

Firman Allah yang ertinya : 
 
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, melainkan barang apa yang telah tampak daripadanya; dan hendaklah mereka itu mengulurkan tudung kepala mereka atas leher dan dada mereka." (Surah An Nur: Ayat 31)

v) Adab Bermusafir

Sabda Rasulullah SAW : 
 
"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya."(Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)

vi) Hak Pendidikan

Kata Abu Said .a. : "Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w.lalu berkata: "Ya Rasulullah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadith (sabda) engkau, maka itu jadikanlah bagi kita, orang-orang wanita, dari engkau suatu hari yang kita agar dapat datang kepada engkau, agar engkau memberikan pengajaran atas kita dari pada apa yang telah Allah berikan atas engkau (berupa tazkirah).".Maka Rasulullah s.a.w.bersabda: "Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini." (Riwayat Imam Bukhari)

vii) Larangan Menunjukkan Perhiasan


Firman Allah S.W.T. : 
 
"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka."(Surah An Nur: Ayat 31)

Comments

nazir said…
Azizi..
aku rase terjemahan surah an-Nur tu mcm krg kenala.
..Hendaklah mereka itu memejamkan pandangan..
kepada..menundukkan atau menahan pandangan..
zhur9 said…
oo yeke.. x perasan.. timaseh tegur...

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N