AKADEMI NASYID - SAUDARA AZHAN JUARA

Sebelum tu, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG PENUH KEBERKATAN. Semoga Ramadhan kali ni dapat membimbing kita menjadi seorang mukmin yang bertaqwa. Amin...


Program Akademi Nasyid baru jer melabuhkan tirainya pada hari Sabtu 30 Ogos 08 lepas, yang menyaksikan saudara Azhan Atan dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid bagi musim pertama anjuran TV9. Beliau telah mengenepikan 5 org lagi finalis pada malam tu dan menerima wang tunai berjumlah RM 100 000. TAHNIAH SAUDARA AZHAN. Antara finalis malam tu, Cicik, Eda, Muslim Voice, Division dan Aiman.Kesemua finalis mempamerkan persembahan yg mantop dan menghiburkan.

Saya jarang tengok Akademi Nasyid ni. Tengok pun sikit2 jer...tu pun bila giliran saudara Azhan buat persembahan. malam final tu saya tengok banyak sikit. Sebabnya pun sama gak, nak tgk saudara Azhan nyanyi. Pada saya persembahan saudara Azhan memang bagus..ada suara yang baik, tenang.... Penampilannya pun sederhana jer. Selain saudara Azhan, saya juga tertarik dengan kumpulan Muslim Voice. Suara diorg memang BEST! Lagi2 masa lagu rentak acapella.
klik link ni

http://www.tv9.com.my/Shows/Episodes.aspx?MasterID=185&ShowID=431&MenuID=2&TemplateID=2&SubMenuID=1&VideoID=9074&EpID=13589#anchorVid



Untuk akhirnya, harap peserta Akademi Nasyid dapat meneruskan da'wah melalui nasyid. Lakukanlah kerana Allah...semoga segala usaha anda akan mendapat keredhaan Allah dan dapat menyedarkan mereka yang lalai dibuai dengan hiburan duniawi...amin..


TAHNIAH saudara Azhan dan semua finalis Akademi Nasyid.

P/S: Saudara Azhan ni Ketua Pemuda PAS Tg. Piai, Johor... ;)


Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N