Mungkin Esok

Termenung sekejap bila terfikir tentang mati.Macam manalah agaknyer kalau mati dlm keadaan berbuat maksiat dan dosa ...? alangkah indahnya kalau mati ketika sedang beramal soleh..

Allah s.w.t., telah berfirman yg bermaksud:"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran)
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
surah ali Imran: ayat 185.

mati itu suatu yg pasti..dan tidak akan terlepas dari menghadapinya.Menyoroklah kat mana2 pun..maut tetap menjemput kita..tak kira muda, tua, kuat, lemah...yg pasti ia tetap akan dtg kepada kita..
Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada anak muridnya.Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat".
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

Saya jumpa artikel yg bagus di web iluvislam.com utk dikongsi bersama

AKU BIMBANG

Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

Comments

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N