Subscribe by Email

Booking.com

Saturday, July 26, 2008

Membuang Sifat-Sifat Tercela

Sifat tercela merupakan najis-najis maknawiyyah yg tidak boleh dibawa untuk menghampiri Allah yang Maha Suci. Sepertimana apa sahaja yg bernajis tidak boleh dibawa utk mendekatkan diri kepada Allah di dalam ibadat. Seseorang itu mestilah menyucikan dirinya dari sifat-sifat tercela (mazmumah) dan menanamkan dalam dirinya sifat-sifat terpuji (mahmudah) . Antara sifat-sifat tercela tersebut ialah hasad dengki, takbur, 'ujub, bakhil, riak, cintakan dunia, mengumpat, fitnah dan sebagainya.

HASAD

Hasad ialah perasaan tidak puas hati atau benci pada saudara sesama Islam kerana nikmat Allah yg ada padanya dan mahu nikmat itu dihilangkan daripadanya. Sifat hasad ini merupakan sifat syaitaniyyah yg dijadikan Allah s.w.t dalam diri seseorang manusia. Syaitanlah makluk Allah yg pertama hasad terhadap Adam a.s. sehingga ia menentang perintah Allah s.w.t. dan memperdaya Adam dan Hawa hingga membawa keduanya terkeluar dari syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : 

"hasad itu memakan berbagai kebaikan sebagaimana api memakan kayu."

(hadith riwayat oleh ibn Majah)

Tiada kejahatan yg lebih bahaya dari hasad. Ini kerana sifat hasad ini akan menjerumuskan seseorang yg bersifat dengannya ke dalam 5 balasan buruk sebelum org yg dihasadkan itu ditimpa sesuatu yang tidak disukai iaitu:
  1. kesusahan yang tidak putus-putus
  2. musibah yg tidak mendapat pahala
  3. sifat tercela yg tidak mendapat pujian
  4. Allah memurkainya
  5. ditutup padanya pintu tawfiq.
Sesetengah org al-'arifin berkata : 

" Tiga golongan manusia yang tidak akan dikabulkan doa mereka iaitu orang yang memakan makanan haram, orang yg banyak mengumpat dan orang yg hatinya ada sifat benci dan hasad terhadap orang-orang Islam lain."

Hasad yang dikeji dari segi syara' ialah hasad yg bermaksud cita-cita dan kemahuan supaya hilang sesuatu nikmat Allah dari sesorang yg lain.

Firma Allah s.w.t:


Ertinya: 

" ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad s.a.w.) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepada manusia itu?"

(an-Nisa' ayat 54)

Bagaimanapun, hasad yg bermaksud sebagai cita-cita dan kemahuan agar ia mendapat sesuatu seperti orang lain maka itu adalah sifat yg terpuji disisi syara' secara qattie sekiranya ia utk kebaikan utk akhirat.

Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 32:


Ertinya :

" dan mintalah kepada Allah sebahagian daripada nikmatnya."

Sakit hati dan membenci merupakan sikap suka bermusuh-musuh, bergaduh dan memutuskan hubungan silaturrahim. Sifat-sifat ini adalah tercela kerana ia akan mendorong sifat hasad, tidak suka berbaik dan suka menceritakan keburukan dan kecacatan orang lain.

Sabda baginda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud :

" Tidak halal bg seseorang muslim itu utk tidak bercakap kepada saudaranya lebih dari 3 hari, ssiapa yg tidak mahu bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari lalu ia mati maka ia masuk neraka."

(hadith riwayat oleh Abu Daud)

Melainkan orang yg tidak ditegur itu melakukan ma'siat terang-terangan dan telah dinasihati oleh orang yg tidak mahu menegurnya, tetapi tidak diendahkan. Dalam hal ini, terdapat riwayat daripada Ibn Umar r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. naik ke atas mimbar lalau menyeru dgn suara yg kuat, bermaksud:

" hai golongan orang yg masuk Islam dengan lidahnya dan iman tidak masuk ke dalam hatinya, janganlah kamu menyakiti orang-orang Islam, janganlah kamu memberi malu terhadap mereka, janganlah kamu sengaja mencari kecacatan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari kecacatan saudaranya yg Islam, Allah akan mencari kecacatannya, dan ssiapa yg dicarikecacatannya oleh Allah, Allah akan memalukannya sekalipun ia berada di dalam ceruk rumahnya."

(Riwayat oleh at-Tirmizi)

TAKBUR

Takbur pula sifat merasa besar diri yg timbul dari pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri melebihi orang lain. Sifat takbur adalah sifat bagi Allah, bukan sifat bagi manusia. Salah satu nama Allah ialah al-Mutakabbir. Tidaklah layak bagi manusia memakai sifat Allah itu. Punca adanya sifat ini dalam diri manusia itu adalah kerana seseorang itu mahu dirinya dipuji, disanjung, terkenal dan tidak suka dikeji atau dihina.

Allah berfirman:



Ertinya:

" Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya dimuka bumi tanpa alasan yang benar dari tandatanda kekuasan-Ku."

(surah al-a'raf: ayat 146)

Makna ayat tersebut, Allah s.w.t. akan menghalang orang-orang yg bersifat takbur dari dapat berfikir tentang tanda-tanda kebesaran dan kekuasan Allah di langitdan dibumi.

Allah berfirman :




Ertinya: 

"Demikianlah Allah mengunci mati (mengecap) hati orang yang sombong dan keras sewenang-wenangnya."

(surah ghafir: ayat 35)

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga orang yg di dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi."

(diriwayatkan oleh Muslim)

Firman Allah s.w.t.:


Ertinya : " dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu sekalian kepada Adam. Maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan da takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir."
(surah al-Baqarah, ayat: 34)
Oleh itu, sesiapa yg bersifat takbur atau sombong, dikhuatiri akan mengikut jejak iblis yg menerima kebencian dan kemurkaan Allah serta azab yang tiada akhirnya.

'UJUB

Seterusnya iala sifat 'ujub. 'Ujub merupakan sifat takbur yang ada pada hati seseorang akibat dari khayalannya bahawa dirinya mempunyai ilmu dan amalan yg sempurna atau cukup baik. 'Ujub lebih mudah difahami jika dikaitkan dengan sifat riyak. Riyak menunjuk-nunjuk kebaikan diri, manakala 'ujub adanya rasa dalam hati dan fikiran bahawa dirinya lebih baik dan ada kelebihan tertentu.

Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: 

" Tiga perkara yg membinasakan: sifat bakhil yg ditaati, hawa nafsu yg diturutkan dan rasa 'ujub seseorg terhadap dirinya sendiri."

(riwayat oleh al-tibrani, al-bizrar dan al-baiyhaqi)

RIYAK

Manakala riyak pula bermaksud mencari kedudukan di dalam hati manusia dengan cara menunjuk-nunjuk ciri sifat terpuji. Khalifah Ali bin Abi Talib menyebutkan bahawa tanda seseorang itu riak ada tiga: Pertama apabila keseorangan ia malas, kedua rajin jika dikhalayak ramai, ketiga maki giat dan rajin apabila dipuji.

Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: 

"Ssesungguhnya sesiapa di antara umat Islam ini yg melakuka amalan akhirat( dengan tujuan) utk dunia, maka ia tidak ada kebahagiaan (kebaikan) baginya di akhirat."

(Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan oleh yg lain-lainnya sebagai hadith marfu')

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:" sesiapa yg berhias dengan amalan akhirat padahal ia tidak mahukan akhirat itu dan tidak pula ia mencarinya, ia dilaknat di langit dan di bumi."

(riwayat oleh at-tibrani)

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Allah tidak akan menerima amalan yg ada di dalamnya riak sebesar biji sawi."

(riwayat oleh Ibn jarir al-tabari dan lain-lainnya sebagai hadith marfu')

Riak terbahagi kepada dua jenis. Riak tulen iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dengan amalan akhirat. Kedua riak yg kabur, iaitu untuk mendapatkan manfaat dunia dan juga manfaat dari amalan akhirat itu. Kedua-duanya menggugurkan pahala.

MENGUMPAT

Antara sifat tercela yg akan dimuatkan di sini ialah, mengumpat.Mengumpat ialah menyebut sesuatu tentang seseorang, sedangkan ia tahu apabila perkara itu didengar oleh orang tersebut, nescaya orang tersebut tidak suka. Sekiranya yg disebutkan itu ada pada orang tersebut, maka itulah namanya mengumpat iaitu ghaibah. Dan jika yg disebutkan itu tiada pada orang tersebut ia adalah buhtan. Buhtan lebih dahsyat dari ghaibah.

Allah s.wt. berfirman:


Ertinya: "Janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya."

(al-hujurat, ayat, 12)

Sabda Nabi s.a.w. yg bermaksud: 

" Jagalah diri kamu terhadap megumpat. Sesungguhnya mengumpat itu lebih hebat dari zina. Seseorang yang berzina ia akan bertaubat dan Allah menerima taubatnya. Orang yg mengumpat pula tidak diampunkan oleh Allah sehinggalah orang yg diumpatnya itu mengampunkannya."

(diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya)

Apapun, jika anda melakukan perbuatan mengumpat, anggaplah ia lebih ringan berbanding dengan buhtan. Janganlah sesekali berkata, walaupun di dalam hati : "Aku ada banyak amalan soleh yg boleh menghapuskan dosa mengumpat itu."

Kita tidak tahu, apakah amalan soleh itu diterima dan diredhai oleh orang yg diumpat itu di akhirat nanti. Itupun kalau semua amalan itu bersih dari sifat riyak, ujub sum'ah dan sebagainya. Ini kerana, amalan yg bercampur dgn riyak, sum'ah itu tidak akan sampai ke akhirat bersama dengan orang yg mengamalkannya.

KESIMPULAN


Sifat-sifat jahat sememangnya menjadi sifat semula jadi manusia. Firman Allah di dalam surah yusuf, ayat 53 yg bermaksud:

"sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku." Oleh itu, manusia mempunyai potensi utk berbuat kejahatan. Bagaimanapun dengan rahmat iman yg diberikan oleh Allah, manusia juga mempunyai potensi utk berbuat kebaikan. Firman Allah di dalam surah al-balad, ayat 10, bermaksud :" Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebaikan dan keburukan)."

Oleh yg demikian, adalah menjadi kewajiban kepada kita meninggalkan sifat-sifat tercela dan berusaha membersihkan diri dengan membuat atau menghiasi diri dengan sifat-sifat terpuji.

No comments:

About Me

My photo
Hi. Saya Azizi Yusoff. Saya menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek. Menyediakan rekabentuk rumah, bangunan, rekabentuk dalaman, membuat pelan bangunan baru, ubahsuai dan rekaan dalaman. Saya juga menyediakan perkhidmatan sehingga urusan permohonan kelulusan pelan kepada. Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya atau layari www.dzcreation.com.my

Labels

3d 3d sketchup adapter Al-Quran Android android update Apa itu tone excel architect designer Architecture architecture services arkitek Asus asyik-asyik mistik autocad beli pelan banglo beli pelan rumah Bisnes buat bisnes dengan tone excel buat duit buat duit raya Buat duit raya tanpa modal cara menyertai tone excel Cars Cerita cerita mistik Clixsense computer Computer n Technology Coretan daftar Dakwah Design dragonfly facebook faile to updated fix ganjaran istimewa tone excel green architecture green building guru Hadith dan Sunnah insufficient storage application Islam Islam dan Sains istidraj Isu dan Ehwal Semasa jana duit jana duit modal sikit jana duitr dengan toneExpress jana pendapatan jana pendapatan dengan tone excel jana pendapatan dengan tonexpress Karya Kata Hikmah Kereta Koleksi Video Nasyid komputer lenovo Lukis Lukisan Maher Zain masalah kita metabolic mistik Mobile Network nak beli pelan rumah nasihat New York City Notebook Pablo Picasso pelan banglo pelan bangunan pelan rumah Pelukis pelukis pelan pelukis pelan rumah Pelukis Terkenal pendapat Percutian perisian perkhidmatan arkitek perkhidmatan pelukis pelan Picasso produktif Promotions raya tahun ni respect Review Samsung Samsung baru Samsung Galaxy Samsung Galaxy Note Edge Samsung terkini Sejarah senibina Sifat Tercela sikit-sikit mistik Simkad ToneExcel sketchup smartphone Software sony problem suka mistik sungai dalam laut sustainable talkin Tazkirah tazkirah pagi tazkirah ringkas tidak produktif tl-wn727n Tone Excel Tone Plus Prepaid ToneExcel tp-link tp-link wifi adapter tplink Travel Tune Talk Tone Excel ulama' Ultrabook Umum wifi Wifi adapter xperia